Alhamdulillah, penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid sudah sah bergelar isteri kepada jejaka Inggeris, Daniel Oakes Stuat atau nama Islamnya Dani Aaqil pada tanggal 23 Julai 2016 lalu.

Hari pertama Daniel berjumpa dengan Hetty, lelaki tersebut memang sudah jatuh hati dengannya. Namun tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya jatuh hati dengan wanita yang telah sah bergelar isterinya itu, Daniel hanya berkata, rahsia dan tidak boleh beritahu.

Di sebalik keengganan Daniel memberitahu sebab dirinya jatuh hati pada Hetty berbeza pula dengan pelakon ini.

“Kenapa Hetty jatuh cinta dengan Daniel?

 

1. Hetty tengok dia ikhlas dalam percintaan kami.

 

2. Dia juga menyayangi Hetty serta menghormati dan sayang pada keluarga Hetty.

3. Daniel tidak mengetahui penglibatan Hetty dalam dunia seni. Dari hari pertama dia mengenali Hetty, memang dia tidak mengetahui yang Hetty ini seorang artis. Hanya setelah beberapa bulan berkenalan, barulah dia mengetahui Hetty adalah seorang artis.

Sebabnya apabila kami keluar bersama, ada juga peminat yang mengambil kesempatan hendak bergambar dengan Hetty. Melihatkan keadaan tersebut, Daniel rasa pelik. Bagi mengelakkan dia tertanya-tanya, Hetty ambil keputusan memberitahunya bahawa Hetty adalah seorang pelakon dan juga penyanyi.

Apabila mendengar penjelasan Hetty itu, seterusnya apa yang dilakukan oleh Daniel adalah melayari Internet. Dia terus Google nama Hetty. Setelah itu barulah dia mengetahuinya.”

 



Perhubungan mereka direstui keluarga. Malah pada bulan Disember 2015 lalu, Hetty telah menaikkan gambar cincin pertunangannya di akaun Instagram.  Tindakannya itu secara tidak langsung memberitahu peminatnya bahawa dirinya kini telah menjadi tunangan Daniel.

Perkahwinan ini juga sesungguhnya satu keputusan baik yang dibuat oleh Hetty. Ujar penyanyi lagu Siapa Diriku Di Sisi Mu ini, jodoh sudah ditakdirkan oleh Allah. Tidak sesekali dia berkahwin kerana mahu menutup kontroversi.