Menitipkan pesan terhadap golongan bapa di luar sana, Datuk Rosyam Nor menegaskan bahawa anak-anak adalah tanggungjawab bapa.

“Walaupun kita tak dapat beri yang terbaik, kita beri yang baik sebab anak-anak ini yang dapat melihat kita dan membantu kita baik di dunia mahupun apabila kita sudah meninggal dunia.

“Rezeki yang dapat hari ini ialah rezeki anak-anak dan kita bertanggungjawab mengusahakan rezeki itu. Jadi anak-anak amat penting dalam kehidupan kita dan kena hargai sebab ini adalah rezeki daripada Allah SWT.

“Kalau kita tak menghargai, maknanya kita tak menghargai pemberian Allah. Anak-anak itu sebenarnya satu punca kebahagiaan. Kalau kita tunjuk sikap yang baik kepada mereka, insya-Allah, mereka akan bersikap baik kepada anak-anak mereka juga,” tegas Datuk Rosyam.

 

 

Sementara bagi si anak, Nur Anis menjadi seorang anak kepada figura yang dikenali ramai, bukan mudah.

“Walaupun cuma segelintir orang sahaja yang mengenali saya dan adik -beradik sebagai anak kepada ‘Rosyam Nor’, itu pun kami mesti berhati-hati dengan setiap langkah kami demi menjaga nama baik papa.

“Papa memang tidak pernah mendedahkan kami sekeluarga di mana -mana media, malah jarang sekali membawa kami semua ke tempat-tempat kerjanya. Dengan itu, saya sangat respect dengan prinsipnya itu.

“Mungkin dengan mendedahkan kami sekeluarga, tidak mustahil akan ada gosip yang melibatkan hal-hal keluarga. Jadi, saya fikir he did a very good start dengan prinsipnya itu kerana hanya fokus kepada kerjayanya sahaja.

Kata anaknya, Rosyam seorang yang cukup tegas dan garang bab mendidik anak-anak. Tapi kenapa, agaknya. Haaa... nak tahu cerita penuh anda wajib dapatkan majalah Mingguan Wanita bilangan 1700 yang ada di pasaran.