Pentas Gegar Vaganza platform terbaik untuknya kembali menyengat. Naib Juara Gegar Vaganza Musim Kedua, Farahdhiya Mohd Amin, 31 yang lebih mesra dengan panggilan Farah ini sedia berkongsi kisah di sebalik tabir kemenangannya, kerjaya seni malah cerita tentang cinta.


Farahdhiya antara artis yang memiliki kecantikan yang tersendiri. Kulitnya putih mulus. Begitu juga dengan bentuk tubuhnya, kecil molek. Tatkala ditanya mengenai rahsia kecantikannya, Farah menegaskan dia tidak mempunyai rahsia yang tertentu.

 



CANTIK CARA FARADHIYA


“Saya ini sebenarnya kalau nak kata sentiasa ke spa dan melakukan rawatan wajah tidak juga. Saya biasa sahaja. tapi boleh ikut cara ini..." -Faradhiya-

 

1. Sentiasa bersenam dan banyak minum air putih antara yang sentiasa saya lakukan.

2. Bersenam itu cukup sekadar 30 minit dalam sehari dan jangan tidak bersenam langsung.

3. Dari segi makan pula saya tiada pantang. Cuma elakkan memakan makanan berlemak yang terlalu kerap.

4. Amalkan juga tidur yang cukup.


Senang, bukan? Wanita ini turut berkongsi perkembangan terkininya dalam dunia seni, ikuti cerita penuh dalam majalah Mingguan Wanita isu 1678 (15-21 Januari 2016) di pasaran.