Syarizad Binti Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Sherry Ibrahim merupakan seorang selebriti yang cukup senang untuk didekati.

Mengenai penampilan barunya, menurut Sherry, sejak mengenakan hijab dia rasa begitu selesa. Sejak berhijab juga katanya, dia belum lagi melakukan sebarang penggambaran drama. Sherry akui, lakonan yang memperkenalkan dirinya dalam bidang seni dan telah menjadi periuk nasi utamanya. Cuma sejak berhijab, dia perlu mengawal imej sebagai wanita Muslimah.

“Selepas berhijab saya terus menyertai ‘Gempak Superstar’. Sibuk dengan program itu membuat saya belum mula berlakon lagi. Biarpun melangkah ke bidang seni nyanyian tetapi lakonan tetap pilihan saya dan akan tetap berlakon seperti biasa Cuma sekarang saya terpaksa meneliti skrip terlebih dahulu,” luah Sherry.

Ditanya tentang penghijrahannya itu, Sherry menjelaskan, “Memang perubahan yang saya lakukan ini cukup mendadak. Tak jangka akan berubah. Pada awalnya saya berniat nak bertudung selepas kahwin. Tapi tak sangka dan tanpa niat saya bertudung awal. Sebelum bertudung saya berasa cukup sayu dan terkenangkan segala perbuatan dan dosa lalu. Malah ada yang menasihati saya untuk memaafkan orang yang kita berdendam. Dengan hati yang penuh suci pada saat itu saya memaafkan orang tersebut. Saya berasa lega dan terus mengenakan hijab.”

Malah penulis juga sempat bertanya kepada Sherry adakah dia bakal berkahwin dalam masa terdekat dengan jejaka yang selalu di gosip dengan dirinya iaitu Fattah Amin, lantas Sherry terus bersuara;

“Sudah sampai seru saya bertudung. Malah papa sejak balik dari mengerjakan haji suka sindir saya, tapi saya buat tak tahu. Hidayah ini datang secara tiba-tiba. Pada saya juga tak semestinya nak kahwin baru pakai tudung. Saya betul-betul ikhlas bertudung. Tentang jodoh dengan Fattah biarlah Allah yang tentukan,”  ujarnya.


Tak Rasa Diri Glamour

Manakala Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali dengan nama glamor Janna Nick pula namanya tiba-tiba menjadi sebutan di bibir peminat terutamanya penonton setia slot Akasia Drama TV3.

Tahun ini merupakan tahun pertama Janna Nick menyambut lebaran sebagai orang popular. Bagi sesetengah artis, mereka akan membuat persediaan yang lebih rapi terutamanya untuk menyambut kehadiran tetamu yang mungkin lebih ramai bertandang ke rumah. Jelas selebriti yang bakal pulang ke Sungai Petani, Kedah ini rasanya cukup sederhana.

 


"Saya tidak meletakkan diri sebagai orang glamor kerana berlakon ialah pekerjaan saya. Oleh itu, sambutan raya pada kali ini juga sama sahaja seperti tahun lalu. Tidak ada apa yang berubah. Dari segi persiapannya juga, saya lebih suka bersederhana. Baju raya saya juga jenis kain 'cotton' sahaja dan saya lebih selesa begitu. Saya pula jenis orang yang ringkas dan akan memakai apa yang dirasakan selesa.

 

Haaaa... macam mana pula cerita raya mereka berdua dan apa cabaran yang ada bila dah jadi artis yang dikenali? Semua kisah manis mereka disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1703 (08-14 Julai 2016 / 03-09 Syawal 1437H) yang sudah ada di pasaran. Jangan lupa rebut!