Kehidupan Marsha Milan Londoh, 30, kini berubah sepenuhnya apabila dirinya selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya, Mohamed Shaiful Nizam bin Dato’  Seri Hj Mohamed Ismail.  


Marsha cukup gembira bercerita mengenai kisah cinta dan perkahwinannya. Namun sebaik ditanya mengenai pengislamannya, wanita jelita ini tidak mahu mensensasikan kisah penghijrahannya.  Terlalu peribadi buat Marsha dan bukan untuk perkongsian umum.


Mohamed Shaiful Nizam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1001.00. Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas 9 dulang hantaran.

 

Hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga setelah bertemu dengan seorang lelaki yang serasi dan mampu memahami dirinya.


“Keserasian kami serta restu daripada keluarga membuatkan hati saya mula terbuka untuk menerima jodoh dan ketentuan ini. Akhirnya saya sudah menemui lelaki yang tepat sebagai suami. Dia telah menjadi tulang belakang dan penyokong paling kuat di belakang saya.



PENGIKAT KASIH SAYANG...

Paling utama yang membuatkan Mohamed Shaiful Nizam terpikat dengan Marsha adalah betapa seriusnya wanita itu mendengar dan mengambil setiap perkara yang diperkatakan kepadanya.


“Dia tahu saya sentiasa mahu yang terbaik buat dirinya. Seperkara tentang Marsha apabila dia tidak pernah cuba hendak menjadi orang lain. Dia hanya menjadi dirinya sendiri setiap waktu dan ketika. Ini membuatkan cinta dan kasih sayang saya terhadapnya tidak pernah berkurangan sebaliknya bercambah setiap masa.


Tumpang 'gemuk hati' tengok kedua pasangan ini, macam mana agaknya mereka kenal dan hubungan terus tersusun indah hingga ke jinjang pelamin, anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita isu 1679 di pasaran.