Bermula dengan keruntuhan rumahtangga bersama Keifli Othman, Linda Rafar bertemu jodoh dengan Syed Aiman. Tahun 2014 pula menyaksikan kehilangan anak kedua Linda bersama  Keifli Othman, Rezaiman Keiflin dan pada tahun 2015, Linda ‘dijentik’ dengan pergolakan rumahtangga.


Ibarat bahtera yang dilanda ombak dan badai, Linda dan Syed Aiman kini memulakan babak baru dalam kamus kehidupan berumahtangga.

 


 

Asam garam dalam rumahtangga, tentunya ada turun naik dan ada pasang surutnya. Malah akui Linda, selepas cubaan getir itu berlaku dalam kehidupan mereka berdua, ia secara tidak langsung lebih mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara dirinya dan suami.


“Saya akui, selepas ‘perpisahan’ sementara kami itu, banyak perubahan pada diri suami begitu juga dengan saya. Kekurangan yang ada, kami ‘baik pulih’ bagi memantapkan lagi ikatan suci yang telah kami bina bersama sejak lebih sembilan tahun yang  lalu.


“Boleh dikatakan ibarat refresh semula kehidupan kami terutama kelemahan yang ada pada diri saya mahupun suami. Sebelum ini pun kami sama-sama pernah mengalami sebuah kegagalan dalam rumahtangga, jadi kami tidak mahu berulang kembali. Dan jujur saya katakan, saya sendiri trauma dengan keruntuhan rumahtangga sebelum ini dan saya tidak mahu terjadi lagi,” jelas Linda sambil wajahnya dirias cantik oleh jurumekap, Syed Dewa.



 

Bukan semua orang boleh telan ujian, ya. Apa yang membuatkan mereka kuat untuk kembali dan apakah petua hubungan mereka makin meriah dengan cinta dan kasih sayang, anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita isu 1680 29 Januari-04 Februari 2016 yang sudah ada di pasaran.