Sejak dulu lagi, badan pengacara hebat, Didie Alias  tidak berubah. Walaupun tahun berganti tahun, namun tubuhnya kekal langsing. Saat ditanya mengenai hal tersebut, menurut Didie, dia memang mengamalkan amalan orang dulu tatkala waktu berpantang.

“Sejak melahirkan anak pertama hinggalah yang bongsu, saya amat menjaga pemakanan dan amalan ketika berpantang selama 100 hari. Saya buat apa yang orang dulu buat seperti bertungku. Mungkin itulah rahsia saya kekal langsing. Saya tahu ibu-ibu sekarang mengambil sambil lewa mengenai hal ini.

“Selain itu juga, sejak dulu lagi saya memang bagi anak-anak susu badan. Sesibuk mana pun, saya memastikan mereka minum susu badan. Kemudian saya juga amalkan minum air suam sebelum berkumur pada waktu pagi. Hati juga kena ikhlas barulah dalam dan luar nampak berseri,” katanya.

 



Mengenai penjagaan kesihatan, Didie mengambil makanan tambahan bagi menambahkan tenaga. Malah, dia juga tidak cerewet dalam pemakanan. Oleh kerana sibuk ke sana sini, jadi secara tidak langsung menjadi satu senaman buatnya.

“Saya seorang yang aktif dan tidak boleh diam. Selain ke sana sini memenuhi tuntutan kerja, kini terpaksa berkejar ke sana sini menjaga Dayyan yang berusia dua tahun. Secara tidak langsung ini memberikan saya stamina dan tenaga,” ujarnya.

Tahun lepas menyaksikan anak sulung Didie, Nurdhaniyah Mohd Ridzun, sah bergelar isteri kepada Mohd Razi Shahriman Sabari. Jadi adakah Didie sudah bergelar nenek? Ikuti cerita penuh Didie dalam majalah Mingguan Wanita 1698 yang ada di pasaran.