Usia perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 32, dan suaminya, Raja Amir Syah Raja Azwa sudah menjangkau lima tahun. Kerenah anak-anak kembar si abang bernama Raja Abdul Mateen dan adik, Raja Nur Emaan, yang begitu comel ini ada kalanya membuatkan pasangan ini sukar mencari masa berdua di rumah. Maklumlah si isteri sibuk melayan anak-anak, suami pula ada kalanya sibuk bekerja. 
 
“Bagi membina kasih sayang ini, kami akan membuat kerja rumah bersama-sama dan memastikan solat berjemaah. Kadang-kadang kami akan gunakan masa tertentu untuk keluar bersama tanpa membawa anak-anak. Kami curi masa pada hari minggu dengan menonton wayang berdua atau makan bersama di luar. Ada masa kami keluar makan tengah hari bersama. Saya akan ambil suami di pejabatnya. Rutin saya, dalam seminggu ada dua atau tiga kali saya makan tengah hari bersama suami di luar.
 
Biasalah asam garam rumah tangga ada ketikanya bermasam muka. Semua itu tidak menjadi masalah buat kami dan isu yang timbul tidak sempat menjadi besar. Apabila diperlukan dan suami pula dengan suami dengan senang hati memberi pertolongan sedangkan ketika itu kami tengah bergaduh, hilang semua sengketa. 
 
 
Akhirnya kami tidak jadi bergaduh dan berbaik seperti sediakala. Bagi saya dalam rumah tangga ini kena ada persefahaman antara suami dan isteri. Komunikasi yang baik amat perlu dan masing-masing perlu memberi dan menerima kekurangan pasangan barulah hubungan itu menjadi aman,” nasihat pendek dari Nurul Syuhada, berkongsi rahsia kebahagiaannya.
 
Dalam menjaga kecantikan wajah, Nurul Syuhada cukup berhati-hati memilih produk kecantikan. Ini kerana selepas melahirkan anak, dia berhadapan dengan masalah ekzema, kulit mukanya cepat sensitif. Jadi apa rahsianya dalam soal kecantikan anda boleh bongkar melalui majalah Mingguan Wanita bilangan 1714 (23-29 September 2016/21-27 Zulhijah 1437H) yang sudah ada di pasaran.