Ahmad Nabil Ahmad atau mesra disapa dengan panggilan Nabil Raja Lawak, 33, seorang yang cukup sederhana, ikhlas dan merendah diri. Walaupun sudah lapan tahun berada dalam industri seni dan memiliki kerjaya begitu membanggakan, dia tidak cepat melatah dengan perubahan hidup yang dialaminya. Orangnya masih seperti dahulu dan dia tetap bergaul mesra dengan sahabat lamanya.

Cukup bahagia dan selalu mendapat sokongan isteri tersayang, Zira Ayoub serta dua orang cahaya matanya, Naira Mikayla,4, Leyla Medina, setahun setengah.

Tetapi macam mana pula apabila pasangan ini berdepan dengan ujian rumah tangga? Apakah rahsianya? Cuba semak...

1. Sebagai pasangan mereka perlu banyak bersabar dan bertoleransi.

2. Tidak boleh cepat melatah apabila timbul sesuatu isu.

3. Nabil lebih suka bekerja dan tidak boleh duduk lama-lama di rumah, bimbang akan timbul salah faham.

4. Amalan solat berjemaah dibuat bersama keluarga bagi membantu mengeratkan lagi hubungan mereka suami isteri.

5. Selalu curi masa untuk keluar berjalan berdua bagi mencipta momen romantik bersama.

6. Tidak akan membiarkan masalah berpanjangan. Selalunya, kalau ada salah faham, Nabil akan menghantar mesej pesanan ringkas tanda meminta maaf dan mengajaknya keluar berdua.


Cara Didik Anak-anak

“Jika boleh saya mahu anak-anak kenal Iqra dan muqaddam terlebih dahulu sebelum kenal abjad. Dengan ini, hati anak-anak lebih terang untuk mempelajari ilmu yang lain. Saya turut mengajar anak-anak bersolat, mereka ada telekung sendiri dan mereka akan sibuk bersolat ketika saya sedang sujud.

“Jika boleh saya mahu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan tinggi berbanding saya. Selebihnya saya tidak kisah dan tidak akan menghalang jika mereka nanti memilih untuk bergiat dalam seni. Saya akan membantu mereka mencapai apa yang diimpikan mengikut bakat dan minat mereka.

“Memandangkan masing-masing masih kecil, saya belum menghantar mereka ke mana-mana sekolah lagi. Mungkin tahun hadapan apabila Mika mencapai umur lima tahun saya akan hantarnya ke sekolah. Buat masa sekarang biar dia bermain dan mengalami proses tumbesaran tanpa apa-apa bebanan.

Sudah pasti juga saya risau akan keselamatan mereka di sekolah. Terutama ketika melihat akan kes buli di sekolah yang semakin menjadi-jadi di media massa. Sampai waktunya saya akan minta dia mempelajari seni mempertahankan diri seperti tekwando atau muay thai. Ia lebih senang kerana seni bela diri itu diajar di studio saya,” ucap Nabil sambil tersenyum.

Nabil turut berkongsi cerita tentang apa sasarannya 10 tahun akan datang, ada yang menarik dan rahsia disebalik kejayaannya. Ok, jangan lupa rebut majalah Mingguan Wanita bilangan 1720 yang sudah ada di pasaran untuk ketahui cerita penuh keluarga bahagia ini!