Ibarat kuasa magnet, perjalanan hidup Datuk Siti Nurhaliza terus menjadi titik tumpu. Begitulah hebatnya kuasa aura insan bernama Siti Nurhaliza. Antara kisah yang menjadi perhatian ramai ialah tentang zuriat.


Menutup ambang 2015, Datuk Siti Nurhaliza diuji lara apabila beliau mengalami keguguran. Namun Datuk Siti Nurhaliza redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.


Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan. Pada mulanya beliau ingin berkongsi kegembiraan bila mana tiba waktu yang sesuai namun takdir Allah telah tertulis.

 

Menyentuh tentang soal bisnes, SimplySiti adalah sebahagian daripada diri Datuk Siti Nurhaliza. Pencapaian cemerlang dalam arena bisnes ini nyata membuatkan diri beliau terus dihormati dan dikagumi. Nak cuba produk terbaik ini, anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita edisi Platinum di myNews.com berhampiran sementara stok masih ada!

 

 

Ini antara rahsia Datuk Siti, nak tahu lebih cerita terkini beliau, haruslah dapatkan majalah.


1. Saya takut lipas.
2. Saya geli dengan semua bentuk yang berlubang-lubang seperti sarang tebuan.
3. Saya sukakan makanan yang pedas-pedas. Jika tiada makanan pedas, saya akan cari sampai dapat.
4. Saya menghabiskan masa yang lama di tempat kosmetik dan juga farmasi.
5. Sebelum tidur saya akan menggoyangkan kaki sehingga terlena.