Cedera di muka 5 hari sebelum ijab kabul.” Bakal suami langsung tidak terfikir untuk tangguhkan majlis pernikahan mereka berdua hanya disebabkan kecedaraan yang dialami bakal isterinya.
Alhamdulillah kini pasangan ini telah selamat bernikah dan ramai yang memuji tindakan pengantin lelaki yang sanggup menerima suru hatinya seadanya.
Cedera Di Muka
“Saya tidak terfikir untuk tangguhkan, jauh sekali membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang hanya kerana kemalangan itu,” kata Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22.
Kisah kakitangan hotel itu tular di media sosial dan menarik perhatian warganet selepas dia berkongsi video TikTok mengenai isterinya, Nur Alifah Mahirah Burkhari, 20, yang cedera di muka selepas terbabit kemalangan, lima hari sebelum mereka diijabkabulkan.
Rata-rata warganet memuji Ahmad Fakhrullah yang setia di sisi Nur Alifah dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga akhir hayat.
Menurut Ahmad Fakhrullah, dia sudah berjanji untuk menikahi Nur Alifah pada 22 Februari lalu dan tidak tergamak untuk memungkiri janji berkenaan.
Dia yang menetap di Kampung Gong Kiat di sini berkata, dia berkenalan dengan Nur Alifah sejak tamat persekolahan lagi sebelum mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 30 Oktober 2021.
“Alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu kedua belah keluarga dan sudah tetapkan tarikh pernikahan pada 22 Februari lalu, cuma berlaku insiden tidak diduga lima hari sebelum akad nikah apabila isteri kemalangan ketika membonceng motosikal yang ditunggang adiknya.
“Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu dan mujurlah isteri selamat walaupun cedera teruk, malah dengan izin-Nya, kami berdua disatukan juga pada tarikh dirancang,” katanya.
Ahmad Fakhrullah bersyukur kerana majlis akad nikah dan perkahwinan dapat disempurnakan walaupun dalam keadaan isterinya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Buat masa ini, saya yang membantu menguruskan isteri kerana dia belum pulih sepenuhnya dan walaupun bekerja, saya dapat lakukannya. Ini memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami.
“Berhubung video di TiKTok itu, saya kongsikan dengan harapan mendapat kata semangat dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.
Facebook : Mahirah Bukhari.
Tidak Terfikir Tangguhkan Majlis
Sementara itu, Nur Alifah terharu kerana suaminya tetap sudi menerimanya dan ada bersama selepas apa yang berlaku.
Katanya, ia bukti keikhlasan dan kesetiaan suaminya sebagai pasangan yang bukan hanya ada ketika senang.
Ads
“Kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan menghantar barangan dipesan oleh pelanggan dan saya terjatuh daripada motosikal selepas kain jubah tersangkut pada rantai motosikal.
“Saya tidak ingat sepenuhnya apa yang berlaku namun menurut saksi, saya jatuh kemudian berguling di atas jalan raya.
“Alhamdulillah, saya tidak koma selepas kemalangan cuma cedera pada bahagian muka dengan paling teruk adalah kening, tangan dan badan.
“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai takdir yang sudah tertulis dan bersyukur kerana Allah panjangkan nyawa saya serta beri kesempatan untuk berkahwin dengan suami walaupun melangsungkan pernikahan ketika belum sembuh sepenuhnya,” katanya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Air mata seorang ayah tumpah lagi di bumi Kemaman. Dalam sekelip mata, senyum dan tawa anak yang dikasihi pergi dibawa arus tenang kolam yang menyimpan duka mendalam.
Begitulah perit yang dirasai oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permasuri, Datuk Abd. Halim Jusoh, apabila anak keduanya, Nurhazwani Abd Halim, 34 tahun, disahkan meninggal dunia akibat lemas di sebuah resort di daerah itu petang semalam.
“Saya kehilangan seorang anak yang penuh kasih sayang dan sangat cakna terhadap keluarga,” ujar beliau dengan nada yang bergetar menahan sebak.
“Segalanya berlaku terlalu pantas”-Abd Halim
Menurut Abd. Halim, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, beliau dan isteri sedang melayani cucu di kolam kanak-kanak berhampiran, manakala arwah dan suami berada di kolam dewasa. Segalanya berlaku terlalu pantas.
“Menantu saya cuma berpaling seketika… tidak sampai seminit. Bila dia menoleh semula, anak saya sudah tenggelam ke dasar kolam.
Dia segera menyelam dan menarik keluar, cuba berikan bantuan pernafasan dengan dibantu kakitangan resort,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kemaman.
Walau pun usaha menyelamat dijalankan, takdir telah tertulis. Nurhazwani, yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang, disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, Selangor selepas proses bedah siasat selesai petang tadi. Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris turut hadir menziarahi keluarga mangsa.
“Saya sempat memegang tangannya hingga ke hujung nafasnya. Allah lebih sayangkannya… Saya reda. Dia anak yang baik, lembut tutur katanya, dan tidak pernah lupa bertanya khabar walau jauh di mata,” ujar si ayah, menahan tangis yang pecah di dada.
Bagi Abd. Halim dan keluarga, kehilangan itu terlalu berat, bukan sekadar pemergian seorang anak, tetapi hilangnya sepotong jiwa yang menjadi nadi kasih dalam keluarga.
“Setiap panggilan dan pesanan suara dia kini jadi kenangan yang tak terganti. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang beriman,” tuturnya perlahan.
Pemergian permata seni tanahair, Mamat Khalid telah mengejutkan seluruh industri hburan. Berita sedih yang tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah.
Pengarah serta pelakon, Allahyarham Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.
Malah Hafiz juga memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.
Pemergian Permata Seni Tanahair, Allahyarham Mamat Khalid
“Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air saudara Mohamad Bin Mohd Khalid @ Mamat Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar jam 12.30 pagi pada usia 58 tahun.
“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikerjarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulan dan menghembuskan nafas yang terakhir didalam ambulan,” terang Hafiz.
Dikebumikan Di Ipoh
Allahyarham Mamat meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan dan lima orang anak .Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal Negara iaitu Datuk Lat
Maklumat awal yang diperolehi Seniman, jenazah akan dikebumikan di Ipoh pagi ini.
“Seluruh kepimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan Exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah.
“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” sambung Hafiz.
Untuk rekod, Allahyarham Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Ketika hayatnya, Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.
Allahyarham juga terkenal dengan filem pecah panggung seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock dan Hantu Kak Limah.
Mingguan Wanita : Salam takziah kami ucapkan buat keluarga Allahyarham Mamat Khalid.
Sumber Foto : Instagram Mamat Khalid
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang ada benarnya berjaya mengekalkan 15-20 tahun usia perkahwinan, jika tiada sifat sabar diantara suami isteri tak mungkin ia dapat bertahan. Asas perhubungan dalam perkahwinan seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi. Bersikap sabar bukan sahaja pada pasangan, namun juga pada perkara-perkara yang lain.
Bila orang tanya, dah berapa lama kahwin?
“15 tahun dah, 20 tahun dah…”
Wah, ni mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya.Seronok la boleh kekal lama macam tu.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga.
Sifat Sabar Dalam Hati
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nak hidup sendiri. Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati tu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka.
Sabar Dalam Rumahtangga
Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata. Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat, dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.
Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti. Hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan tu agar ianya berkekalan.
Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…
Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan.
Hanya SABAR sebagai peneman.
Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun…disaat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya sifat sabar asas dalam perhubungan perkahwinan untuk kekal bertahan lama. Bersabarlah selagi mampu bersabar.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!