Menarik sungguh idea tanam tomato ceri di balkoni kondominium tingkat 13, Puan May Vo Dyakonov ini. Pokoknya cantik merimbun, subur dan berbuah lebat, walaupun pada mulanya hanya campak-campak biji buah tomato ceri ni dalam pasu sahaja.
Mak-Mak boleh jadikan inspirasi terutamanya yang tinggal di kawasan bertingkat dan mempunyai ruang yang terhad.
Pokok tomato tanam di balkoni kondo tingkat 13. Tanam dari buahnya beli dari pasar untuk makan bijinya campak je dalam pasu. Kemudian tanam dalam kotak ais.
Masa buah dah masak semua penat makan, nasib manis macam apple.
Ads
Info Ekstra!
Anggaran ketinggian pokok 300cm.
Tanam dalam kotak ais ada 4 pokok, dalam pasu ada yang 1 ada yang dua total macam 7-8 pokok.
Kalau nampak ada bena putih baru naik dekat daun, cepat-cepat spray air akar kayu atau air cili dan sabun basuh pinggan.
Spray waktu ptang dah takde matahari. Saya suka petik buang daun yang kena serangan. Tak kena pun saya buang sikit supaya banyak buahnya.
Mingguan Wanita: Seronoknya, meriah sungguh pokok tomato ceri ni berbuah. Tanam di balkoni rumah je, pokok merimbun cantik, subur dan berbuah lebat. Nak makan tinggal petik je.
Rasanya baru saja habuk yang lekat pada permukaan perabot, sekali masih ada yang melekat. Sakit hati betul. Rimas bila ada banyak habuk kat rumah.
Kebiasaan, bila ada permukaan perabot berhabuk, ia boleh jadi rumah nampak kotor dan tidak dibersihkan. Walhal, setiap masa sentiasa bersihkan. Habuk tetap juga muncul.
Lebih nampak ketara bila nampak habuk di permukaan perabot yang gelap seperti kabinet televisyen, almari, meja solek dan sebagainya.
Bagaomana nak pastikan habuk tak melekat pada permukaan perabot dan elak cepat berhabuk. Dalam perkongsian Jason-jezi dalam video tiktoknya, ada tip untuk pastikan habuk tak lagi melekat.
1 sudu minyak zaitun
2 sudu sabun
2 sudu cuka
1 cawan air
Sedikit essential oil
Caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan goncangkan sehingga sebati.
2. Letakkan ke dalam botol penyembur.
3. Sembur pada bahagian tempat yang berhabuk dan lap bersih.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Hujung minggu, masa untuk bersihkan rumah bagai terutamanya bagi mak-mak bekerja. Bolehlah cub acara ini. Anak-anak pun boleh tolong. Mudah sangat.
Madu memang terbukti makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiatnya. Namun amalan minum madu dengan mencampurkannya dengan air suam ketika perut kosong di waktu pagi, mampu mengekalkan kesihatan diri.Malah ia juga merupakan amalan Rasullah SAW.
Ada banyak petua madu saya pernah kongsikan sejak tahun 2017.
1. Petua madu dengan lada putih untuk clearkan mukus dan kurangkan risiko darah tinggi.
2. Petua madu dengan limau kasturi untuk burn belly fat
3. Petua madu dengan talbinah (barli) untuk merawat kegelisahan hati dan kesedihan, berdasarkan hadis sahih
4. Petua madu dengan kayu manis untuk mengurangkan jeragat
5. Petua madu dengan bawang putih bakar untuk tingkatkan nikmat suami isteri
6. Petua madu untuk cirit birit.
Actually banyak lagi tapi dah lupa sebab tak keep track post-post yang saya pernah kongsi dulu.
Hari ni saya nak kongsikan amalan Rasulullah SAW.
Ibnu al-Qayyim menyatakan,
“Nabi SAW biasa minum madu dicampur dengan air semasa perut kosong dan ini adalah rahsia mengekalkan kesihatan yang baik yang tiada siapa boleh faham kecuali seorang yang pintar dan diberkati.” (Zaad al-Ma’ad 34)
Caranya, campurkan sesudu dua madu asli ke dalam secawan air suam. Kemudian minum ketika perut kosong setiap pagi.
Detoks badan dengan melancarkan fungsi hati, buah pinggang dan sistem penghadaman. Orang yang ada gastrik teruk, gerd, eloklah amalkan ok.
Mengurangkan simptom alergi. Orang yang selalu flares teruk boleh cuba ya.
Meningkatkan sistem imun badan. Bagus sangat untuk orang yang ada masalah low immune system terutama sekali yang ada penyakit kronik yang menganggu fungsi sistem badan.
Membantu dalam penurunan berat badan. Boleh perah limau kasturi atau lemon cuma lepas minum acidic drink ni, eloklah kumur terus mulut dengan air supaya sisa asid dalam mulut tak merosakkan lapisan gigi.
Buatkan kulit lebih bersih dan cantik. Saya suka nak sarankan orang yang ada masalah jerawat teruk, muka selalu breakout sana sini, bisul tumbuh sana sini, cubalah amalkan okeh.
Tak ada yang sia-sia dengan apa yang nabi amalkan dan diriwayatkan dengan sahih, insyaAllah.
Mingguan Wanita:Banyak khasiatnya minum madu campur dengan air suam ni dan diamalkan sewaktu pagi ketika perut kosong. Bolehlah dijadikan amalan harian.
Tahniah buat anda yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Betapa gembiranya bila ‘dijemput’ ke rumah Allah dan tunaikan rukun Islam ke 5 ini.
Malah, bagi wanita yang masih subur dan alami kitaran haid, sudah tentu merisaukan mereka. Bombang tak dapat melakukan hari-hari penting untuk rukun dan wajib haji bagi melengkapkan ibadah haji dengan sempurna.
Cara yang paling selamat adalah dengan mengambil ubat tangguh haid untuk memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna. Namun, sebelum mengambilnya jemaah wanita kena tahu dan faham kesesuaiannya.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Amira Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tentang perkara ini.
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala yang berlaku pada struktur rahim dan ovari disebabkan perubahan penghasilan hormon bagi tujuan reproduktif.
Jangka masa kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid yang akan datang. Jangka masa kitaran ini berlaku di antara 25 hari sehingga 35 hari, dengan kebiasaannya selama 28 hari bagi setiap kitaran.
Dalam kitaran haid yang normal, terdapat dua hormon yang memainkan peranan penting iaitu hormon estrogen dan progesteron. Telur akan dikeluarkan dari folikel semasa fasa ovulasi untuk proses persenyawaan pada hari ke-14.
Paras progesteron dalam badan akan melonjak naik bagi memastikan dinding dalam rahim kekal menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan dan penempelan embrio.
Seandainya persenyawaan tidak berlaku, paras progesteron akan menurun dan dinding dalam rahim akan mula meluruh dan dikeluarkan dari badan sebagai darah haid.
Bagi wanita yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah, kedatangan haid semasa menunaikan ibadah di tanah suci adalah satu perkara yang ingin dielakkan.
Kitaran haid dapat dilambatkan dengan penggunaan pil hormon yang juga dikenali sebagai pil perancang, pil pencegah kehamilan atau pil kontraseptif.
Bagi individu wanita yang ingin mengelakkan kehamilan, pil pencegah kehamilan ini tersedia dalam pasaran dan boleh diambil melalui preskripsi doktor. Pil tersebut perlu diambil selama tempoh 21 hari atau 24 hari bergantung kepada bahan aktif dan jenama pil tersebut.
Bagi mereka yang mengambil pil kombinasi kontraseptif (combined oral contraceptive: COC) untuk mengelakkan kehamilan, pil ini perlu dimakan satu tablet setiap hari pada waktu yang sama sehingga 21 tablet atau 24 tablet habis dimakan semuanya.
Sepanjang 4 hari atau 7 hari seterusnya, pil tersebut tidak perlu diambil dan haid lazimnya akan bermula 2 hari hingga 3 hari selepas pil terakhir dimakan. Walau bagaimanapun, bagi individu wanita yang ingin melambatkan kedatangan haid, mereka boleh mengambil pil COC setiap hari secara berterusan tanpa perlu menghentikan pengambilan pil ini.
Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengambilan pil ini adalah tempoh kitaran haid dan tarikh penerbangan pulang ke tanah air.
Jika haid tidak teratur atau kiraan datang haid jatuh pada harihari penting ibadah haji atau umrah, jemaah dinasihatkan untuk mengambil pil COC sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berlepas ke tanah suci bagi memantau keserasian pil tersebut dan aturan kitaran haid yang baharu.
Terdapat juga pilihan pil progesteron yang boleh diambil 3 hari sebelum jangkaan haid tiba oleh jemaah yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Pil ini diambil 1 tablet 3 kali sehari pada waktu yang sama setiap hari dan berhenti setelah selesai ibadah haji atau umrah.
Pada asasnya, wanita yang sedang berada dalam keadaan haid boleh melaksanakan perbuatan-perbuatan haji atau umrah selain dari melakukan tawaf di Baitullah. Walau bagaimanapun, badan-badan autoriti agama Islam seperti General Authority of Islamic Affairs & Endowments (GAIAE) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat bahawa pengambilan ubat-ubatan untuk menahan atau mengatur kitaran haid adalah harus bagi mengelakkan timbul masalah terutamanya jika jemaah tidak dapat menyempurnakan rukun ibadah haji dan umrah.
Pengambilan pil pencegah kehamilan ini boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, kembung perut dan pendarahan yang sedikit dan tidak menentu di awal pengambilan pil ini.
Apabila jemaah berhenti mengambil pil tangguh haid, darah haid yang akan keluar berkemungkinan menjadi lebih banyak dan kitaran haid menjadi lebih lama daripada kebiasaan disebabkan dinding rahim yang ditahan daripada luruh adalah lebih tebal.
Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Pastikan jemaah berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat berkenaan pemilihan produk yang bersesuaian dan cara pengambilan yang tepat untuk memastikan ibadah haji dan umrah berjalan dengan lancar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre; NPCC)
Mingguan Wanita : Apa pun jemaah wanita yang masih ada kitaran haid perlu merujuk kepada pihak tertentu untuk pastikan ibadah haji yang bakal dilakukan itu sempurna.
Sumber: Puan Nurul Amira binti Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi UF48 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.