bau ketiak

Orang perempuan memang kena jaga bab ini, sebab bau ketiak atau tumbuh bulu ketiak boleh buat lelaki kesayangan hilang rasa cinta. Ada yang berepgang prinsip, ” tak kisahlah, laki tak pernah tegur pun…” tapi tahukah anda wujudnya lelaki yang tak berani nak tegur demi menjaga hati.

Maklum saja, kalau silap cakap nanti ada yang sentap! Jadi sebelum masalah ini menganggu hubungan suami isteri, baca perkongsian Puan Mastura Ab Rashid ini…

Siapa tahu ini apa?

Oh, batu ni common, tapi susah juga nak dapat. Hanya terdapat di kedai menjual barangan tradisional saja.

Apa kegunaan tawas? Kenapa WAJIB beralih ke tawas, terutamanya PEREMPUAN?

1. Buat Kaum PEREMPUAN

sebaiknya amalkan sejak sekolah rendah. Atau paling bagus, sejak dah masuk puberty age.

PERTAMA

Sebab, budak-budak yang dah masuk puberty age ni, banyak lagi dia belum pandai nak jaga.

Jaga bau badan pun masih fail, apa lagi jaga bahagian paling private. Kejap ingat, kejap lupa, kejap lupa, kejap ingat. Lagi-lagi bila kena guna banyak item berasingan.

Selain dari ajar minum air sireh, makan ulam-ulam untuk bagi wangi alat sulit, kita sebagai ibu boleh ajar anak pakai tawas.

IKLAN

Basahkan tawas, dan sapu ke seluruh badan.

Ketiak, belakang leher (sebab sini tempat kumpul bau masam), celah peha dan celah jari kaki (bau stokin basah). Insyallah kawasan-kawasan ni akan jadi kering dan peluh pun tak berbau.

Mesti basahkan sampai dia jadi transparent. Jangan guna waktu kering, nanti calar balar badan macam baru kena karate dengan kucing.

KEDUA

Tawas boleh jadi sebagai bahan semulajadi untuk elak pertumbuhan bulu yang mengganas seperti gorilla. Serius tak tipu. Gosok je tawas basah ke badan selalu. Terutamanya tempat-tempat berbulu. Tiap-tiap hari buat, gugurla bulu tu.

KETIGA

Jadikan deodorant!

Hentikan guna deodorant moden. Deodorant moden banyak sangat bahan kimia berbahaya. Bahan dalam deodorant ni boleh sumbat liang-liang pori dan akibatkan kanser.

IKLAN

Mula-mula pakai, memangla tak hilang terus bau ketiak kambing tu. Tapi lepas dah beberapa kali pakai, insyallah bau ketiak kambing dah bertukar jadi bau #cinderella.

Sebab? Tawas mengelak pertumbuhan bakteria ketiak busuk yang mengganas bak cendawan tumbuh lepas hujan.

KEEMPAT

Penggunaan tawas berterusan boleh putihkan kulit yang gelap sebab penggunaan deodorant atau apa-apa skincare yang menyebabkan allergy sampai hitam kulit.

Kalau orang yang dah sedia hitam manis, tak boleh kot. Jangan salahguna tawas ni tau.

Oh, ingat tak masa kita sekolah dulu, ketiak baju mesti kuning kan? Tu sebab penggunaan deodorant yang tak sesuaila tu. Orang pakai deodorant nak bagi putih ketiak, sekali jadi kuning. Malu kan? Kesan kuning, kesan hitam, insyallah boleh hilang dengan tawas.

IKLAN

2. UNTUK LELAKI

Boleh digunakan sebagai aftershave untuk kurangkan pendarahan akibat pisau cukur. Golek-golek je kat muka macam uli roti ok? Lepas tu terus hensem.

3. GENERAL USE

Boleh guna sebagai pencegah siput babi pada tanaman.

Hancurkan tawas, campur 1 sudu besar ke dalam bekas siram pokok, air 5 liter.

Siram je pada tanah yang ada siput-siput tu. Nanti matilah siput dan telurnya sekali.

Kesian mak, pokok selalu kena serang siput. Kalau siput sedut bolehlah buat lauk, ni siput babi, taktau nak buat apa.

Siapa tau kat mana nak cari tawas?

Tawas akan licin sendiri bila selalu basahkan dengan air. Makin kita sapu kat badan, makin dia terpolish sendiri. Jadi jangan risau pasal tajam-tajam tu.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca, ya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI