buang blackhead

Habis produk dah cuba tetapi bukan senang nak buang blackhead di hidung. Kalau tutup dengan solekan pun tak ada gunanya, makin teruk mungkin! Nak tak nak, anda patut cuba petua berus gigi ini, mudah, jimat dan berkesan!

Ok, jom semak bahan-bahan apa yang anda perlu guna…

Bahan-bahan Untuk Buang Blackhead:

Berus Gigi (yang belum guna)

Sediakan 1 sudu kecil ubat gigi

1 sudu teh serbuk penaik

IKLAN

Air suam secukupnya

Tuala

IKLAN

Langkah-langkah penyediaan:

1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu.

2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.

IKLAN

3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.

4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.

5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.

Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI