Bila kali terakhir isteri berehat? Mungkin ada mak-mak yang menjawab masa tidurlah waktu yang betul-betul dia berehat. Setakat 20 minit pun rasa dah cukup melegakan dan hilangkan penat.

Boleh bayangkan setiap hari, isteri atau mak akan memulakan tugasannya seawal pagi. Menyediakan sarapan, kemas rumah, masak untuk tengah hari, kemas rumah dan pelbagai lagi. Bila masa isteri berehat?

Memang sebagai ibu dan isteri ingin berikan yang terbaik untuk keluarga. Tapi kena fikirkan diri sendiri juga. Kena ada masa berehat supaya tenaga dapat dicaj kembali untuk keesokan harinya.

Sebagai suami pula, jangan biarkan isteri seorang diri menguruskan rumahtangga. Kenalah tanya dan bantulah apa yang patut. Biarkan isteri berehat, seketika pun sudah berharga baginya

Bayangkan isteri tak ada masa untuk berehat. Segala kerja dilakukan. Inilah yang boleh membuatkan isteri moody dan akhirnya cara untuk melepaskan keletihan itu pada anak-anak dan pasangan.

Satu kisah perkongsian daripada Dr Anayasmin Azmi terhadap seorang ibu yang hampir 6 minggu tidak tidur lena semata-mata untuk menjaga anaknya yang terpaksa ditahan di wad kerana masalah kesihatan.

Bayangkan, apabila suami bertukar shif untuk menajga anak dan biarkan istri berehat di rumah selama dua hari. Hanya sehari, selepas itu datang kembali untuk menjaga anaknya. Begitulah sifat mak, sanggup berkorban untuk keluarga.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Isteri Merajuk Belum Tentu Suami Nak Pujuk, Usah Dilayan Perkara Remeh, Ciptalah Bahagia

Isteri BAIK Kena Ingatkan Suami BERBAKTI Pada Mak Ayah Bukannya Jadi ‘Batu Api’

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Berehat, Suami Tanyalah Dengan Kasih Sayang

Tanpa disangka, soalan saya buat ibu ini menangis..

Simple je soalan saya..

“Bila hari terakhir puan berehat?”

Mungkin kerana dia terlalu penat, air mata terus mengalir deras di pipi.

Puan ini dah berminggu-minggu menjaga anaknya di wad

Walau pun setiap ibu ada katil disediakan tapi mana sama tidur di rumah di katil sendiri

Mana sama rumah yang sunyi dengan hospital yang tak bekerja siang dan malam

Perlu bertudung 24 jam, berkongsi tandas. Namun fitrah seorang ibu, berkorban demi anak-anak.

Demi keluarganya..

Sengaja saya bertanya soalan tu

IKLAN

Sebab saya dapat lihat mak ini semakin lesu, mood nya pun semakin negatif

Dia yang mulanya sangat teratur lembut bicaranya, kini mula naik suara dengan kami

“Saya sebenarnya dah penat sangat doktor, (diselit sedu)..

Dah lebih 6 minggu saya tak lena tidur. Hari tu saya dapat tidur dalam kereta sekejap 40minit rasa lega sangat..”

Allah..

Sedih saya dengar,

Saya faham sebab kami ni yang sering oncall dan bermalam di hospital

Kami faham erti tidur tak lena sebab memang tak sama rehat di rumah.

Saya minta dia bertukar ‘shift’ menjaga dengan si ayah,

Terus ceria wajahnya, petang sebelum dia balik ke rumah, dia sempat berjenaka.

“Dr Ana, jangan rindu saya tau..”

Lain sekali moodnya berbanding pagi tadi.

Walau saya tahu di rumah nanti

IKLAN

Ibu ini pasti akan sibuk dengan anak yang lain pula. Tapi sekurangnya dia dapat peluk anak-anak lain yang dirindui

Dapat tidur di katil sendiri dan dapat melepaskan rindu dirumah yang dirindui

Ini yang saya mahu katakan pada si suami..

“Terima kasih encik sudi bantu isteri encik jaga anak. Saya hargai suami yang beri komitmen dalam menjaga anak-anak bersama especially anak yang bed bound begini..

Untuk isteri encik mampu menjaga anak ni, jangka panjang..encik perlu beri juga dia peluang untuk berehat. Memang tak mudah, tapi ia perlu..”

Menarik nafas dalam..dia mengangguk.

Walau si ibu janji nak berehat 2 hari

Akhirnya sehari dia sudah kembali

Seorang ibu itu tak akan pernah selesa jika ada anak-anaknya yang belum kembali ke pangkuannya.

Begitulah..

Sekali sekala wahai para suami,

Bertanyalah kepada isteri anda,

Bila kali terakhir dia dapat tidur lena dan berehat selesa..
Tak banyak si isteri pinta,

IKLAN

Bagi isteri apabila suami bertanya dengan kasih sayang

Ia satu anugerah!

Kalau dah lama,

Apalah kiranya

Jika dibawa bercuti sekali sekala

Mingguan Wanita : Dapat berehat seketika tanpa gangguan pun sudah cukup untuk isteri dan mak-mak.

Sumber: Dr. Anayasmin Azmi

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Bila Hari Terakhir Isteri Berehat? Walaupun Tak Mudah Tapi Perlu, Suami Kena Tanya!

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Bila Hari Terakhir Isteri Berehat? Walaupun Tak Mudah Tapi Perlu, Suami Kena Tanya!

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI