• 3.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3.8K
    Shares

Kalau anda salah seorang yang mengikuti kes Aisya atau nama penuhnya Nur Aisyah Hazmizan yang diculik hampir 15 jam sewaktu bersahur, ini sedikit luahan hati ibunya, Siti Noorfadilah Yusofe, 30 sekali gus menjawab semua pertanyaan dan 1001 komen netizen di laman media sosial.

Yes, saya sebagai mama Aisya pun tak dapat beri kenyataan lebih. Kita serahkan kepada pihak polis ya, mereka lebih layak jalankan tugas.

Percaya lah saya dan suami serta keluarga sangat terkesan dengan kejadian ini tapi siapa kita untuk lawan takdir? Saya tak pinta kejadian seperti ini berlaku. Anak-anak saya nyawa saya, janganlah hukum sebarangan dan janganlah membawang sebarangan.

Kenapa Tak Sedar Langsung Waktu Tidur

Untuk jawab soalan pakcik halia dan makcik halia. Ya, kami sememangnya dah kunci pintu.

Kenapa tak sedar ketika orang masuk rumah anak kena ambil? Saya tidur pukul 3 pagi, sepanjang bulan puasa saya jarang tido. Normal tido selepas subuh. Dan sebelum kejadian saya letih urusan kerja jadi mungkin saya benar-benar letih sehingga beliau ambil Aisya pun saya tak sedar. Yesss saya amat-amat menyesal tidur pada hari kejadian!

Tak Bergaduh Laki Bini Pun

Saya dan suami tidak bergaduh dan saya hanya ada SEORANG suami sahaja tiada istilah EX suami bagai. Dia suami saya sejak 12 tahun lepas dan dia kekasih hati saya sejak 15 tahun lepas.

Saya/suami suspek utama? Hanya tuhan sahaja tahu betapa sayangnya kami kepada anak-anak kecil. Jika bukan anak saya pun saya akan menangis kerana melibatkan seorang kanak-kanak. Kami adalah pencinta kanak-kanak bukan pendera kanak-kanak.

Moga dengan post ini buat anda berpuas hati dan nak tahu lebih lanjut boleh ke IPD muar tanya dengan polis yang bertugas ya.

Jika anda rasa anda hebat berspekulasi boleh suarakan kehebatan anda kepada pihak polis.

“Salam jumaat dari mama Aisya. Doakanlah Aisya kembali pulih dari apa yang terjadi, beliau masih trauma.”

Menjawab Soalan Kenapa Aisya Nampak Teruk

Ramai bertanya tentang Aisya. Saya menjawab semua persoalan anda disini. Sekejap lagi sembayang jumaat saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hidapi kini dan hilangkan kesakitan yang di alami.

Alhamdullilah perlaku tak pukul Aisya dari xray yang dibuat. Tapi aisya jadi seperti ini kesan adari gigitan semut, nyamuk dan binatang-bintang kecil.

Gambar 1st keadaan aisya sekarang bibir dan sekitar mulut bernanah, mata keluar nanah, sekitar leher bernanah.

Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa, saya sangat beryukur.

Doa anda semua moga Allah membalas segalanya. Terima kasih kerana prihatin kepada kami.

Sedikit penjelasan dari pihak keluarga adik Aisya, moga orang ramai boleh stop kecam keluarga ini. Dari pihak team Mingguan Wanita sendiri, moga Puan Diela Yusofe tabah telan ujian dan didoakan moga adik Aisya cepat-cepat sembuh. Aamiin..

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "