Sumber/Foto: Facebook Betty Banafe

Tiada wanita yang berkahwin menjangkakan akan sebuah perpisahan. Begitu juga yang terjadi kepada pelakon cantik Betty Banafe.

Mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus namun mahligai mereka tidak dapat dipertahankan. Pasangan ini sah becerai pada 10 Julai 2019 lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Betty Dedah Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Gundah Gelisah Khuatir “Aku Reda Ya Allah”

Baru-baru ini ibu kepada dua cahaya mata ini telah berkongsi di entri akaun Facebooknya tentang kehidupan yang dilalui kini.

Betty Banafe menempuhi hari-hari bergelar ibu tunggal. Malah selebriti ini juga mengakui dalam hari-hari melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak diselangi pula dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada.

Betty Dedah Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Gundah Gelisah Khuatir “Aku Reda Ya Allah”

Betty Dedah Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Gundah Gelisah Khuatir “Aku Reda Ya Allah”

IKLAN

Seperti mana yang dikongsi;

“Dalam hari hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak di selangi pulak dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada. Aku redha ya Allah atas apa pun yang kau tentukan.

“Aku manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang ESA. Kau tahu apa yang terbaik untuk waris waris syurga ku. Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.

Harapkan Kedamaian Hati

IKLAN

“Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah. Bagi yang di luar, penghasut atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermusuh, tu.. Bila nak berhenti? Tak akan faham perjalanan hidup orang lain hari hari. Hidup dengan anak anak yang di bawah umur 6 tahun, dua dua bersekolah, bekerja sendiri sepenuh masa, lagi lagi dalam waktu pendamic wabak corona, anak sakit, hospital, tuition, hidup sendirian di ibu kota besar, jauh dari keluarga.

“ Aku doakan agar mereka di luar sana terus mendapat TAUFIK serta HIDAYAH NYA yang maha esa. Amin ya Rab. Aku tidak mengeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdulillah.

“Aku maafkan kamu yang merasa panas melihat aku yang terus ingin maju. Aku bersyukur pada Allah di kelilingi keluarga adik beradik dan sahabat sahabat yang baik hati serta yang mendapat rahmat Mu ya Rab. AKU YANG SEKARANG BUKAN AKU YANG DULU. MANUSIA BERUBAH. insyaallah. Moga iman kita dipelihara oleh Allah. Amin.”
Love #BettyBanafee

IKLAN

Manusia Sabar

Betty turut mengakui tidak mengeluh malah bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan dia manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus.

Kata-Kata Semangat Dari Warganet

Betty Dedah Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Gundah Gelisah Khuatir “Aku Reda Ya Allah”

Semoga Betty terus kuat mengharungi hari-hari mendatang dalam membesarkan dua anaknya.

Sumber/Foto: Facebook Betty Banafe
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI