Semakin anak meningkat usia, menjadi anak remaja. Tentunya mereka melalui fasa perubahan emosi yang ketara. Terutama meluahkan apa yang mereka rasa.
Kadangkala, anak remaja tidak sedar apa yang diluahkan itu boleh memberi kesan buruk kepada persekitarannya. Bagi mereka, asalkan sudah diluah apa yang terbuku di hati, puaslah hati itu.
Cabarannya semakin hebat dengan adanya media sosial. Mereka boleh meluah rasa tanpa batasan. Sebagai ibu ayah, bimbang saja hati andai anak remaja sendiri tersilap langkah.
Inilah yang dialami bapa ini sendiri, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiz Ruslee bila anak sulungnya meluah ketidakpuasan hati dengan ibu bapanya.
Anak Remaja Bebas Bersuara Di Media Sosial
Kebebasan bersuara anak-anak kita.
Sebelum ni, banyak kisah yang saya dengar. Anak-anak bercerita buruk tentang mak ayah dalam Twitter. Bila terbaca, kita merasakan mereka anak yang kurang adab. Tak tahu jaga sensitivi dan tak pandai tutup aib keluarga.
Sampailah satu ketika, saya juga diuji dengan perkara yang sama.
Dua hari lepas, panjang lebar kami bebelkan si sulung.
Dia meluahkan perasaan di status WhatsApp. Katanya, “beli telefon beribu boleh pula, aku minta duit RM20 tak bagi.”
Saya tak baca status itu. Tapi isteri yang perasan. Itupun selepas dia godek-godek telefon si sulung. Rupa-rupanya, status WhatsApp itu pun boleh disorok daripada pengetahun orang tertentu iaitu kami.
Bila tahu saja, menggelegak lah.
Ads
Bukan isu RM20, bukan juga isu henset beribu. Ini isu kebebasan bersuara.
Apa yang anak-anak fikir, mereka boleh luahkan apa sahaja. Tanpa mereka sedar, luahan mereka itu bukan sahaja mengaibkan malah mungkin boleh memburukkan keadaan.
Itulah yang kita lihat di Twitter mahu pun di TikTok.
Ini Yang Mak Ayah Perlu Jelaskan Pada Anak Remaja
Salah mereka kah?
Bila saya alami sendiri, baru saya sedar. Mereka tidak bersalah. Tetapi kami yang bersalah.
Salah dari segi apa?
Ads
Kerana tidak pernah memberitahu perkara itu.
Si sulung tak tahu yang perbuatan itu salah. Yang dia tahu, dia mahu meluahkan.
Asalkan bengkak di dalam hati, surut. Implikasinya, fikir kemudian. Atau, mungkin tak sempat nak fikir.
Jadi, kita sebagai ibu bapa, peranan kitalah untuk menasihati anak-anak yang sedang meningkat remaja ini.
Rupanya ada cara selamat buat slime, tanpa menggunakan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan anak dan tidak mahal. Percayalah… anak suka main benda ni, ala-ala playdoh pun ya!
Apa yang best cuma perlukan 4 bahan asas, jadi lebih baiklah ikut langkah demi langkah seperti yang Puan Nor Azleen Abd Rahim kongsikan kali ini. Confirm anak suka!
Jom, Tengok Apa Yang Diperlukan
Akhirnya hari ini saya tunaikan permintaan Afiah nak membuat slime selepas lebih setahun dia memintanya.
Bukannya apa kebanyakan resepi slime yang ada menggunakan bahan pencuci pakaian yang kuat, sabun pencuci pinggan yang kuat juga, bahkan ada juga yang menggunakan boraks sebagai bahan utama dalam pembuatannya.
Selepas melihat beberapa video dan laporan kes yang menunjukkan tangan anak “terbakar” akibat terlalu lama bermain dengan slime yang dibuat dengan resepi bahan-bahan aktif sedemikian, saya tangguhkan sahaja.
Tetapi bila jumpa resepi yang dikongsikan oleh Mama Q3 hari tu tidak menggunakan bahan-bahan aktif sedemikian, saya putuskan untuk mencubanya.
Kami membuatnya dalam kelas persediaan. Seminggu sekali kelas ini dah macam playgroup dek kesukaran nak mengajak anak-anak ini berinteraksi.
Bila buat macam playgrup ini, mereka lebih aktif dan teruja. Mahu berbual-bual dan berkomunikasi.
Seronok sakanlah budak-budak ini dapat membuat slime dan bermain sampai bertukar warna biru tangan masing-masing.
Tapi saya gunakan pewarna makanan sahaja jadi warna biru tu hilang bila dicuci dengan air dan sabun. InsyaAllah.
Slime yang dibuat tanpa slime agent activator ini tidak bertahan lama. Pendek kata setiap kali nak main kena bancuh yang baru.
Tapi bolehlah memenuhi hajat nak memberikan anak-anak permainan sensori kan. Dapat juga hampir sejam lebih bermain dengannya.
Kami cuba pelbagai jenis gam. Gam yang murah-murah kurang RM1 sebotol kecil tu langsung tidak jadi ya.
Guna gam putih atau susu tu menjadi juga tetapi tidak bertahan lama. Sekejap sahaja sudah keras dan tidak elastik. Selain itu ia juga tidak bergumpal.
Kena pilih gam yang berkualiti untuk membuatnya.
Berikut adalah bahan-bahannya:
1 bekas bikarbonat soda
1 bekas gam berkualiti
250ml air panas
Pewarna makanan
Cara membuat:
1. Bicarbonate soda. 1 botol untuk 1 bancuhan slime.
2. Gam putih yang kiri sekali tu hasilnya tidak bergumpal. Gam dua kecik tengah tu tak jadi langsung. Gam yang kanan tu jadi dengan cantik.
3. Pewarna makanan yang lebih banyak digunakan untuk membuat eksperimen daripada membuat kuih.
4. Kacau bicarbonat soda dengan air panas dahulu.
5. Campurkan pewarna makanan dengan gam.
Rujuk Video:
6. Tangan dah macam the avatar. Yang sebelah kiri atas meja tu slime yang menjadi. Yang sedang dikacau itu slime dengan gam murah. Tak jadi.
Masukkan bancuhan bicarbonat soda ke dalam gam perlahan-laham sehingga ia bergumpal menjadi slime.
Video Main:
Boleh main macam ni sahaja pun. Tarik tekan tekan. Apa yang bestnya entahlah mommy tidak faham.
Ok, selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Poligami satu topik yang sangat sensitif untuk diperkatakan. Isteri bukannya takut atau ego hendak melalui kehidupan poligami tapi ada sebabnya. Apabila bercakap mengenai poligami pasti seseorang wanita itu mudah melenting. Itu belum lagi apabila suaminya sendiri yang berkata ingin berpoligami.
Poligami, Isteri Bukan Takut Atau Ego
Bagi seorang isteri dan wanita, bermadu atau poligami itu adalah satu hal yang paling menyakitkan, kalau boleh perkara tersebut tidak ingin berlaku dalam rumah tangganya. Tapi bagi seorang lelaki atau suami, bermadu atau berpoligami itu adalah perkara yang manis dan bahagia.
Tahukah wahai lelaki, seorang wanita mampu hilang pertimbangan apabila mendengar berita suaminya mahu menduakan dirinya. Walaupun dijanjikan ganjaran pahala di akhirat kelak, seorang wanita pasti tidak mampu mengharunginya di dunia ini. Walaupun di dalam hatinya menyatakan reda tapi hakikatnya si isteri pertama banyak makan hati.
Tapi Ada Sebabnya ‘Tak Mahu’
Tiga perkara ini membuatkan seorang wanita itu, menolak sekeras-kerasnya mengenai poligami dalam hidupnya.
1. Takut suami tidak adil
Sebelum bernikah baru, seorang suami pasti akan menjanjikan keadilan bagi isteri pertamanya. Tetapi apabila sudah bernikah baru, janji-janji itu hanya palsu seperti tidak pernah diucapkan. Seorang isteri ini, begitu takut jika suami mereka tidak berlaku adil terhadap mereka. Perkara apa yang perlu diadili?
Perkara seperti nafkah, hak bermalam serta keperluan-keperluan lain. Bukan itu sahaja, bagaimana dengan hak anak-anak pula? Jika si isteri tidak bekerja bagaimana mereka mahu menyara hidup mereka? Banyak perkara yang akan difikirkan oleh isteri pertama apabila si suami menyatakan akan berlaku adil selepas berpoligami.
2. Rasa cemburu yang melampau
Wanita ini mampu menyembunyikan rasa sayangnya terhadap seorang lelaki selama bertahun-tahun. Tetapi seorang wanita itu tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walaupun seminit. Jadi bagaimana dirinya ingin melepaskan suaminya ke pelukan wanita lain.
Pasti rasa cemburu akan muncul dan membawa kepada sifat amarah yang sangat melampau. Akhirnya apa akan jadi? Pasti akan berlaku pergaduhan antara isteri-isteri yang dimadukan itu.
3. Hilang tempat berlindung
Suami adalah tempat seorang isteri berlindung bahaya daripada apa sahaja yang bahaya yang mendatang. Apabila seorang suami mempunyai lebih dari satu isteri, pasti perhatiannya juga sudah berubah. Suami pasti tidak lagi fokus pada isteri yang pertama. Jadi si isteri akan merasa kehilangan tempat berlindung.
Walaupun ramai wanita yang menentang poligami, tetapi ada sahaja yang boleh menerimanya. Cuma kehadiran wanita-wanita kuat ini tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Hal ini kerana, wanita yang betul-betul kuat dan terpilih sahaja yang boleh menerima ujian seperti ini.
UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI MALAYSIA TIADA SEORANG PUN LELAKI, SEMASA WUJUDNYA SESUATU PERKAHWINAN, BOLEH, KECUALI DENGAN MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU SECARA BERTULIS DARIPADA MAHKAMAH, MEMBUAT KONTRAK PERKAHWINAN YANG LAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN ATAU PERKAHWINAN YANG DIKONTRAKKAN TANPA KEBENARAN SEDEMIKIAN BOLEH DIDAFTARKAN DI BAWAH AKTA INI: DENGAN SYARAT MAHKAMAH BOLEH JIKA IA DITUNJUKKAN BAHAWA PERKAHWINAN SEDEMIKIAN ADALAH SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK, MEMERINTAHKAN PERKAHWINAN ITU DIDAFTARKAN TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 123. ( AKTA 303 : AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005 )
Mahkamah mengambil kira 4 syarat kebenaran sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23(4) AUKI 1984 iaitu:
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka.
Nurul Syuhada timang anak keempat, tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow dan Personaliti televisyen ini memaklumkan menerusi hantaran di Instagram dirinya berasa bersyukur selamat melalui proses bersalin.
Nurul Syuhada Timang Anak Keempat
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memaklumkan perkembangan terkininya di mana anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas 41 minggu di dalam perut ibu, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan,” kongsinya.
Kegembiraan ibu kepada empat cahaya mata ini terserlah apabila menunjukkan hadiah yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sempena kelahiran anaknya.
Namun pada perkongsian tersebut Nurul Syuhada tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Paling istimewa dalam masa yang sama Nurul Syuhada juga memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahnia ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat,” tulisnya.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.