bapa ikat anak

Tular di media sosial kes bapa ikat anak di tong gas sebab ponteng sekolah. Mungkin niat nak mendidik tetapi bila sampai budak lelaki ini tidak sedarkan diri itu dah jadi kejam!

Anak lelakinya berusia 10 tahun itu dijumpai tak sedarkan diri pada tong gas menggunakan rantai besi di Indera Mahkota, Kuantan.

Tindakan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan orang awam.

Difahamkan, suspek bertugas sebagai anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang, di sini.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan polis mengetuk pintu depan rumah itu namun tiada jawapan sebelum meninjau bahagian dapur menerusi tingkap.

CARA ANAK INI DITEMUKAN

“Polis menemui seorang kanak-kanak lelaki hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan rantai. Polis memecahkan pintu dan masuk ke dalam rumah sebelum mendapati kanak-kanak itu pengsan,” katanya.

IKLAN

Abdul Aziz berkata, polis menghubungi ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di leher akibat dirantai.

IKLAN

“Siasatan awal mendapati, kelmarin mangsa tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan.

“Kita sudah menahan bapa serta ibu mangsa yang berusia 30 tahun untuk bantu siasatan,” katanya.

Kredit: Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI