Bangun Seawal Subuh, Enam Jam Masak 30 Bekas Lauk Frozen Untuk Keluarga

Hebat tak hebat frontliner ini, dalam kesibukan kerja mengikut syif masih boleh mengatur waktu yang baik untuk menyediakan, memasak malah menyejukbeku kan lauk pauk untuk hidangan keluarga.

Nim Ahmad yang bertugas sebagai jururawat ini berkongsi dengan MW, penyediaan lauk pauk lebih 30 bekas untuk sekali masak dalam sebulan. Kemudian, disejukbekukan untuk dimakan ketika diperlukan suami mahupun anak-anak.

Kata Nim, “buat lauk frozen ini boleh menjimatkan masa dan tenaga. Malah, tak leceh untuk bersihkan dapur setiap kali masak.”

Akuinya lagi, cara ini sangat menjimatkan.

IKLAN

Idea Masak Lauk Pauk Frozen Untuk Keluarga

1. Saya mula terfikir nak buat lauk lauk frozen ini bermula (kira-kira) pada tahun 2013. Sebab utama, kami berdua kerja syif. Jadi masing-masing tak ada cukup masa untuk memasak dan makan bersama.
2. Jadi, saya ambil inisiatif untuk beli stok bahan basah, siap cuci dan packing untuk sekali masak. Pada permulaannya begitulah.
3. Kemudian, kami putuskan untuk bawa bekal ke tempat kerja untuk menjimatkan belanja. Sebab masa itu nak buat saving beli rumah. Masa itu saya buat sikit-sikit saja lauk frozen, sebab cuma ada peti ais 2 pintu sahaja.
4. Sejak ada chest freezer yang saya beli secondhand dari kawan, saya mula buat stok banyak-banyak. Sekali memasak tu dapatlah dalam 30 ke 40 bekas makanan. Jadi boleh digunakan nanti untuk makan dan bawa sekali untuk bekal.

Makanan yang disejukbeku, boleh tahan 3 bulan. Hadam penjelasan pakar kimia.

Stok Sebulan Sekali Bila Gaji..

5. Selalunya saya buat stok lauk-lauk ini sebulan sekali time dapat gaji.
6. Lauk frozen ini boleh tahan 1 ke 3 bulan, tapi selalunya tak sampai sebulan dah habis.
7. Biasanya saya ambil masa untuk siapkan semua ini lebih kurang 5 ke 6 jam tanpa gangguan daripada anak-anak. Kalau anak kacau, lebih lagi lah masa diambil.
8. Ketika saya memasak, suami saya tolong jaga anak-anak. Jadi, say aboleh concentrate untuk masak.
9. Mula memasak lepas Subuh sampai tengahari, siap. Senang masak pagi-pagi sebab waktu tu anak-anak masih tidur.

IKLAN

Waktu Berpantang Pun Memasak..

Nim merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Yang sulung, 2 tahun 4 bulan dan anak bongsunya baru berusia 2 bulan.

Semasa dalam pantang pun saya buat juga lauk lauk. Saya perap ayam, frozenkan. Kemudian, masuk dalam airfryer.

IKLAN

Macam yang gambar viral baru-baru ini dalam 10 jenis lauk. Selalu saya tanya husband dia nak makan apa. Sama-sama tentukan. Tapi daging kicap, daging goreng kunyit dan ayam masak asam memang wajib ada. Tu favourite suami.”

Sumber/Foto : Nim Ahmad

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI