Bila lihat kucing kesayangan mula menunjukkan tanda-tanda sakit, mahu tidak susah hati tuannya. Mesti akan cuba sedaya upaya untuk rawat kucing. Ada saja ikhtiar agar kucing kesayangan dapat pulih kembali seperti sedia kala.
Tapi, sedihnya bila sudah cuba sedaya upaya rawat kucing tapi akhirnya meninggalkan tuannya. Inilah yang sering kita tengok di media sosial saat kucing kesayangan mati, kita pun rasa terkesan.
Biasa penyakit yang boleh dikatakan 95 peratus boleh menyebabkan kematian kucing adalah FIP. Ia adalah penyakit yang disebabkan oleh feline coronavirus yang menular melalui perkongsian makanan, najis, cecair badan dan bersin.
Bila kucing dijangkiti FIP, ia akan menyebabkan si bulus mengalami kekejangan, kegagalan organ, penurunan berat badan dan gangguan penglihatan.
Sebagai tuan si bulus kesayangan, sudah tentu akan cuba sedaya upaya dan mencari petua untuk rawat kucing kesayangan selagi boleh.
Perkongsian daripada Ida Shahida ini boleh digunakan untuk rawat kucing FIP sebagai ikhtiar. Mungkin dengan usaha ini boleh selamatkan kucing kesayangan anda.
Direbus dengan 4 cawan air sampai tinggal 2 cawan. Sejuk kan air dan isi ke dalam botol kemudian simpan dalam peti ais.
Ads
Bagi kucing mnum setiap hari 2 kali ( pagi dan malam) dengan sukatan:
2 ml 2 kali sehari
(Dalam masa yang sama tetap bagi ubat ubatan doktor)
Kalau nak lebih bagus: Bagi makan setiap hari vco minyak kelapa dara 1 ml pagi dan malam.
Lagi satu petua:
Jika daun durian belanda tidak ada dan sementara belum jumpa cubalah ikhtiar bagi kucing makan AKAR POKOK GALAK KUCING ‘ galak kucing’ 2-3 pokok sekali bagi, setiap hari atau selang selang hari.
KUCING SAKIT FIP – TIADA UBAT TIADA VAKSIN
FIP adalah penyakit kompleks yang berpunca dari coronavirus kucing. Dengan lambakan jumlah kucing yang diserang coronavirus, hanya sedikit sahaja yang akan dijangkiti FIP.
Ads
Ia merupakan mutasi virus di dalam tubuh badan yang bergabung dengan respon sistem imunisasi kucing. Gabungan ini menjurus kepada pelbagai kecederaan dalam sistem organ.
Virus yang termutasi ini tidak dapat dikeluarkan oleh kucing jadi sementara FIP ini sebenarnya tidak berjangkit, semakin banyak coronavirus kucing jinak yang lebih berjangkit kepada kucing yang lain. Bagaimana pun FIP tidak berjangkit ke anjing dan manusia.
Kebaikan Air Rebusan Daun Durian Belanda
Kebaikan rebusan DAUN DURIAN BELANDA UNTUK MANUSIA
1. Dipercayai mampu mencegah dan mengubati kanser
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Rebus dalam tiga gelas air. Biarkan air mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja.
Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2. Mengurangkan sakit pinggang
Ambil 20 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan lima gelas air. Biarkan air mendidih dan tinggal sebanyak tiga gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3. Menguatkan daya ketahanan tubuh
Anda mudah diserang sakit? Daun durian belanda juga dikatakan mampu menguatkan daya ketahanan tubuh.
Ambil lima helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan empat gelas air. Biarkan air mendidih sehingga menjadi satu gelas. Minumlah sehari sekali.
4. Mengurangkan diabetes
Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda ini boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5. Menurunkan tekanan darah tinggi
Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaiknya amalkan minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
Ads
6. Mengatasi buasir
Dapatkan sepuluh helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan tiga gelas air, didihkan sehingga menjadi satu gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7. Mengubati sakit urat dan saraf
Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.
Caranya ialah dengan merebus sepuluh helai daun durian belanda tua, tapi cari daun yang warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan dua gelas air, didihkan biarkan menjadi satu gelas.
Minum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Mingguan Wanita : Sebolehnya kita ikhtiar untuk selamatkan si bulus kesayangan. Moga ia memberi manfaat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila tibanya musim cempedak, ramai yang merebut peluang membeli buah ini. Baik untuk digoreng mahupun dimakan begitu sahaja. Namun harga buah cempedak ni boleh tahan mahal harganya. Rugi sungguh jika tak pandai pilih, apatah lagi terbeli yang belum masak dan isi yang sikit.
Sebenarnya nak pilih buah cempedak yang isinya penuh dan masak ada caranya. Boleh ikut tip dan panduan mudah yang dikongsikan ini.
1. Tengok ‘Mata’ Kulit Cempedak
Tip yang paling mudah ialah perhatikan pada kulit cempedak. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak dan penuh.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. Rasa Kulit Lembut/Empuk
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Kulit Kekuningan, Tangkai Coklat
Satu lagi tips pilih cempedak ni kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan. Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. Bau Semerbak Wangi
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. Pilih Yang Berat
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Kempunan dibuatnya!
Jadi, untuk lebih selamat ambil buah cempedak yang berat dengan ciri-ciri di atas ni. Barulah kurang kebarangkaliannya untuk dapat isi yang kosong.
Info Ekstra!
Kulit Cempedak Juga Boleh Dimakan
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan. Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Apapun, jangan salahkan penjual pulak ya, sebab dia pun tak tahu setiap buah tu berapa banyak isinya.
Rupanya ada cara mudah untuk hilangkan masalah ketuat dan kita boleh buat sendiri je di rumah hanya guna 4 bahan. Tak perlu pergi klinik pun. Paling penting untuk buang ‘akarnya’ agar biji ketuat tak tumbuh semula.
Mungkin ramai yang tak tahu, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian boleh dijangkiti terutamanya di jari, tangan dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, berbiji keras manakala permukaannya pula menjadi kasar.
Cara mudah untuk hilangkan ketuat ini dikongsikan oleh Hanis Samsuddin sebagai panduan.
Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
Apakah punca ketuat?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
Bagaimana nak hapuskan ketuat?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1. Apple Cider Vinegar
Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas
Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape
Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline
Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
Caranya Membuat:
1.Sapu vaseline dekat keliling ketuat (jangan terkena ketuat)
2.Basahkan kapas dengan cuka,letak atas ketuat dan plaster. Biarkan semalaman.
Ketuat tidak disapu vaseline. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka.Jadi pastikan ada menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka.
Hari ketiga:
Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih.
Contoh balutan plaster pada jari.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam.. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.
Kelihatan ketuat dah mati.
Apabila ketuat jadi macam ni,boleh la korek sikit demi sedikit.
Ketuat yang berjaya dikorek.
Hasilnya, kulit kembali licin seperti biasa dan bebas ketuat.
Mingguan Wanita: Jadi jika ada masalah ketuat, boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini untuk menghilangkannya. Guna 4 bahan je, akar ketuat pun musnah dan tidak tumbuh semula.
Setiap tahun bila nak memperbaharui cukai jalan dan insuran harganya berbeza sama ada murah atau mahal bergantung pada jenis ‘coverage’ yang diambil. Penting ketahui jenis-jenis perlindungan yang ada dan pertimbangkan insuran tambahan yang perlu diambil bergantung pada risiko yang mungkin terjadi pada kenderaan kita.
Nak tahu lebih lanjut, ini antara sebahagian jenis-jenis ADD ON Coverage yang dikongsikan oleh Abdullah Zawawi Shuhaimi sebagai rujukan.
“Hari ni saya kongsikan beberapa ADD ON yang perlu kita tahu bila renew insuran kenderaan. Apabila renew insuran perasan ada yang murah dan ada yang mahal. Selalunya yang murah kurang coverage dan kosong dari additional coverage.”
Antara contoh additional coverage yang perlu kita tahu;
1. Windscreen
Windscreen atau cover cermin sangat penting untuk menyelamatkan NCD. Selalunya kalau cermin depan pecah akibat kena batu masa kat highway ia akan makan kos dalam RM 500 untuk Axia, RM 1000 untuk Exora, RM 2000 untuk Mazda dan seterusnya. Jika kita ambik tambahan coverage ni bila kita buat claim cermin, NCD masih lagi selamat dan masih dapat harga murah bila nak renew insuran nanti.
2. Additional Named Driver
Jika berlaku kemalangan dan pemandu ketika itu tidak didaftarkan kena cas RM400. Jadi sebaiknya bile renew pastikan orang yang selalu bawa kereta tu contoh wife, adik beradik, atau parents kita telah register nama diorang sebagai additional permitted driver. Nak lagi mudah pastikan cover all driver.
3. Towing
Tahu tak ada company yang ada limit untuk jarak towing kereta. Ada yang hanya 50km ada yang 150km ada yang 200km dan jarak ni dikira pergi dan balik bukan sehala tau. Ada towing untuk breakdown dan towing untuk kemalangan. Sebaiknya cuba ambik yang unlimited towing terutamanya kalau korang yang kerja travel pusing seluruh Malaysia.
4. CART
Pernah dengar tak jika kereta kita masuk bengkel kita boleh nak claim RM50 atau RM100 sehari selama 7 hari, 14 hari atau sebulan. Yang ni ada hanya kalau ambik add on ni sahaja, kalau tak pernah ambik sebab nak murah jangan mengharap la nak pergi claim duit tu.
5. Special Perils
Ketahuilah wahai sekalian manusia kalau kita parking dan tiba-tiba kereta kena hempap dahan pokok atau kereta tenggelam banjir sesungguhnya ia tidak dicover oleh insuran kecuali kita ambik add on special perils ni.
6. Key replacement, car accessories cover, personal accident, cover rusuhan, coverage nak masuk Thailand dan banyak lagi nak tulis daaaaa, tapi cukup yang tu dulu la.
Best tak perkongsian kali ini? ka ada request nak saya explain detail mana-mana part dalam hal ehwal renew insuran dan roadtax ni?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renew’ insuran kenderaan tu, pastikan betul-betul faham jenis coverage yang nak diambil. Pertimbangkan antara risiko yang mungkin boleh terjadi.Takpelah bayar mahal sikit, asalkan kenderaan kita dapat dilindungi, tak perlu rugi berlebihan nanti.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.