Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,”kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Ads
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ads
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Ads
Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Orang hati baik ramai yang sayang. Tidak hairanlah ketika solat jenazah dan waktu pengkebumian diangkat darjatnya ribuan orang menghadirinya. Malah turut menangisi dan memperkatakan kebaikan demi kebaikan yang dilakukannya.
Mulianya hati pelawak dan pelakon Abam ini, apabila tak kisah membantu mempromosi produk tanpa menerima bayaran malah menggunakan bahagian tersebut untuk disedekahkan pada anak-anak yatim. Berkongsi sama rezeki ‘populariti’ yang ada, untuk orang lain turut mendapat pendapatan dan hasilnya.
Perkara ini dikongsikan oleh stokis peralatan sauna, Puan Hamidah Husin, 55, mengenai pengalamannya bersama pelawak popular, Abam Bocey yang meninggal dunia Isnin lalu.
“Kerana dia, rezeki saya melimpah ruah. Atas nasihat dia juga, saya kini memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan perniagaan untuk anak-anak yatim,” kata wanita ini.
Hamidah berkata, dia menghubungi Abam tahun lalu bagi menawarkan produk jualannya untuk digunakan.
“Niat saya sebenarnya nak bantu dia dari segi kesihatan. Bukan nak mengharapkan dia drastik menjadi kurus atau sebagainya.
“Saya juga tiada pengalaman berurusan dengan artis dan hanya mencuba nasib dengan DM kepada Abam di Instagram.
“Saya amat terkejut apabila dia menjawab mesej saya dengan santai tanpa menunjukkan sikap sombong walaupun dia sangat popular,” katanya.
Menurut Hamidah, selepas berbincang, dia menghantar sendiri peralatan itu kepada Abam di rumahnya di Gombak.
“Memandangkan rumah Abam jauh ke dalam, dia jemput saya di tepi jalan besar dan saya berasa amat terharu.
“Sebaik peralatan itu sampai ke tangannya, Abam terus membukanya dan meminta pembantu peribadinya merakam video tanpa disuruh oleh saya.
“Saya nak bagi untuk kesihatan dia tanpa minta dia membuat ulasan. Lagipun produk itu boleh digunakan untuk ibunya juga kerana kebetulan ibunya tidak sihat,” katanya.
Hasmah berkata, selepas tiga hari dan dibuat suntingan, barulah Abam memuat naik video itu di Instagram dan mendapat reaksi hangat daripada pengguna.
“Bayangkan beratus ribu produk ini dapat dijual. Ejen semua beroleh pendapatan lima angka sebulan.
“Jualan untuk sehari penuh satu lori. Ia sesuatu yang amat mengejutkan dan menakjubkan bagi kami.
“Saya tak lupa menghubunginya bagi mengucapkan terima kasih. Jawapan ringkas daripadanya ialah ini rezeki bersama daripada Allah,” katanya.
Hamidah kemudian mahu membayar Abam atas perkhidmatannya itu, namun dia terkejut apabila pelawak dan pelakon popular itu menolaknya.
“Dia nasihatkan saya supaya gunakan bahagian yang sepatutnya diberikan kepadanya kepada anak yatim.
“Hati saya memang tersentuh dengan nasihatnya. Sekarang dia sudah tiada tapi saya akan ingat pesanannya supaya sentiasa bersedekah ke rumah anak yatim supaya murah rezeki.
“Sejak berurusan dengan dia, barulah timbul keberanian untuk saya berhubung dengan artis lain. Dia juga banyak bantu pertemukan saya dengan artis lain,” katanya.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan,32 meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak pada 7.15 pagi Isnin lalu selepas mengadu demam dan sakit kepala selama dua hari.
Ketika hayatnya, Abam dikenali rajin membantu golongan anak-anak yatim, menampung persekolahan anak-anak golongan miskin serta mengutamakan kebahagiaan ibu, isteri serta adik-beradiknya.
Ustaz Hanafiah Kongsi Kisah Penjaga Kubur Tentang Kebaikan Allahyarham ABAM
MW: Allahu mulianya hati Abam. Semoga kita mengambil iktibar ‘pengakhiran’ pelawak ini atas amalan yang dilakukan. Banyakkan bersedekah pada anak yatim dan golongan yang memerlukan, berhati baik dan muliakanlah ibu, isteri dan adik beradik. Alfatihah buat Abam semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan permergian Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali, 29 turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu. Abam meninggal dunia ketika tidur dan hanya disedari apabila ingin mengejutkan suaminya untuk solat Subuh.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Sementara itu, di Instagram Fad Bocey dan Achey, rakan sekumpulan pelawak ini ada berkongsi rasa sedih, terkilan atas pemergian awal Abam.
“Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu”, tulis Fad pada ruangan kapsyen.
Dilaporkan jenazah akan dimandikan di rumah dan akan dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disolatkan selepas Solat Asar.
MW: Salam takziah buat keluarga Abam. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini Abam. Tenang dan damailah kamu menemui PenciptaMu disana bersama para salihin. Al Fatihah.
Betapa rapatnya anggota kumpulan lawak Bocey ini antara satu sama lain; Fad, Achey dan Allahyarham Abam. Bila mana berita pemergian Abam sampai ke pengetahuan teman baik ini, dan ketika itu Fad Bocey sedang berada jauh di bumi Jepun… bayangkan perasaan kejauhan itu.
Tentunya, sukar amat untuk diluahkan. Begitulah kegetiran yang dilalui Fad pagi ini apabila tidak dapat berada di sisi sahabat, arwah Abam di saat-saat akhirnya. Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang ketika ini bercuti dengan keluarganya di Tokyo, Jepun.
Menitis air mata Fad, terlalu sebak terkenangkan arwah. Luah Fad dalam sebak, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun.. kenapa kau pergi dulu bam? kenape tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu.”
Lebih menyayat hati apabila Fad turut berkongsi paparan skrin dengan kata-kata, “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan akuuu..”
Sebaik mendapat perkhabaran duka itu, dia dah isteri, sudah berusaha mendapatkan tiket penerbangan awal pulang ke tanahair.
Sayangnya, tiket paling awal malam ini. Bermakna mereka sekeluarga akan sampai esok pagi. “Jika pulang sekali pun, saya tak dapat menatap wajah arwah Abam buat kali terakhir.”
Kehilangan mengejut pelawak Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 dipercayai akibat demam panas, kira-kira jam 7 pagi tadi amat dirasai rakan-rakannya ini.
Malah, rakan-rakan artis yang pernah merasai kemesraan, kehangatan lawak lucu dan kebaikan arwah tidak dapat menahan sebak. Berkongsi sama momen-momen sewaktu hayat arwah masih ada.
Tahun lalu, seorang lagi anggota Bocey, Achey atau nama penuhnya, Mohd Nasir Hamzah, 32 pernah berkongsi ucapan hari lahir untuk Abam yang jatuh pada 19 Januari.
Dalam ruangan komen, Allahyarham memberi maklumbalas agar sahabat-sahabatnya itu akan mengurus pengebumiannya apabila dia meninggal dunia.
Sungguh, dalam gurauan itu rupanya selepas setahun, tuhan benar-benar ambil kembali Abam pulang ke perkampungan abadi.
Tulis Allahyarham dulu, “Tq sahabat.. Love u so much.. semoga kite kekal sampai mati @fadbocey @acheykintangkintung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.”
MW : Mendoakan semoga Fad dan Achey kekal tabah menerima berita mengejutkan kehilangan sahabat baiknya ini. Semoga Bocey tidak putus semangat untuk terus berkarya. Al Fatihah.. tempatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang beriman.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan