Anak kerap sakit, mulalah mak-mak rasa menyesal. Menyesal sebab sebelum ini marah atau buat tidak layan pada anak. Kalau boleh nak saja anak sihat seperti sedia kala.

Masa inilah apa yang anak nak, semua diturut untuk gembirakan anak dan buat mereka cepat-cepat sihat. Kalau boleh mak nak bayar hutang ‘rasa bersalah’ pada anak sebelum ini.

Ini belum lagi anak kerap sakit dan sentiasa berulang alik ke hospital. Bagi mak yang bekerja tentu rasa bersalah bila kerap cuti untuk jaga anak.

Namun, apa yang dikongsika oleh Dr Redza Zainol ini tentang mak rasa bersalah bila terlambat bawa anak ke hospital dan kebetulan terlelap pada malamnya setelah seharian menjaga anak sakit.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila FULL MOON, Badan Mudah Jatuh Sakit, Kuatkan Imunisasi Anak, Elak Jangkitan Parasit

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Guna Ubat Demam Anak Dan Sukatan Yang Sesuai

Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN

Info Lebih Menarik DI SINI

 

Anak Kerap Sakit, Bukan Salah Mak

Pernah seorang kanak-kanak masuk ke wad sebab sawan panas.

Sawan panas ni ialah keadaan anak yang sawan disebabkan demam antara usia 6 bulan sehingga 6 tahun.

Macam biasa, saya pun tanya itu ini untuk dapatkan maklumat lengkap tentang anaknya. Sambil ibu ni bercerita, saya perasan yang ibu ni nampak serba tak kena.

IKLAN

Muka berkerut dan nampak kusut. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya, penuh dengan nada kecewa.

Saya sambung mendengar sampailah dia kata,

“Saya sebenarnya cuba tahan mata supaya tak tertidur malam tadi.
Sebab saya nak lap badan anak saya. Tapi bila saya terjaga, badan dia dah panas sangat. Sebab tu dia sawan.”

Mak Bukan Punca Anak Sawan

Berjurai air mata si ibu.

Lambat betul saya nak tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya jadi sawan.

Saya pun kata begini.

“Sebenarnya dia demam sikit atau demam tinggi, dia tetap boleh jadi sawan. Suhu dia 37.6°C pun boleh sawan, suhu dia cecah 41°C pun boleh sawan.

IKLAN

Tak ada orang yang boleh kawal sawan sebab ia datang dari dalam otak anak. Bukan salah puan anak jadi sawan.”

Dia pandang pada saya. Riak mukanya perlahan-lahan bertukar. Nampak lega.

Dia ucap terima kasih sambil dipeluk-peluk anaknya tu.

Besar sungguh ujian kaum ibu ni. Ramai ibu yang datang ke wad dalam keadaan begini.

Ada yang rasa bersalah sebab anak kerap masuk ke wad. Ada yang mengadu malu dengan bos sebab anak asyik sakit sampai terpaksa kerap ambil cuti.

Perlu Sokongan

Untuk suami, kalau anda nampak isteri bergelut dengan bermacam rasa, tawarkan diri anda untuk mendengar sepenuh hati.

IKLAN

Tak reti juga, senyumlah dan cuba ada di samping isteri. Mereka perlukan sokongan keluarga.

Untuk ibu-ibu, anak sakit bukan salah awak.

Tertidur ketika anak sakit dan demam, tak sedikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai seorang ibu.

Tidur itu Allah yang beri sebab Allah tahu ibu pun perlukan rehat.

Mingguan Wanita : Pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya. Hargailah.

Sumber: Dr Redza Zainol

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI