amylea azizan

Macam-macam diet langsing boleh kita jumpa dalam usaha nak turunkan berat badan. Coach kecergasan pun banyak yang share menu pemakanan patut diambil. Tapi kalau kita tengok hasil depan mata sendiri, barulah perasaan berkobar-kobar nak cuba tu tuhan gerakkan.

Cerita kurus penyanyi AF Amylea Azizan ini salah satunya. Hebat tak hebat, Amylea dapat turunkan beratnya sampai 6 kg dalam masa sebulan.

As promised im gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 kg to 53.0 kg in 1 month. My height is 149 cm / 4’11, berat badan ideal untuk ketinggian saya ialah 42 kg ( tapi saya tak minat untuk terlalu kecil, i love to have muscle juga so it will be heavy tapi masih bentuk yang ideal 47 kg target saya)

Haa.. itu kata Amylea dalam status facebooknya. Betullah pun kan, semua orang nak kurus tapi jangan sampai kecut. Kalau boleh biar ada otot tu. Takdelah nanti bila jalan macam papan lapis kena tiup angin. Tak cantik. Jadi Amylea amal diet yang betul. Sampai dia dapat apa yang diidamkan.

These are the pictures thru out my journey. Jangan kecam sis bila tengok gambar gemok diam sudah ok! Haha

Amylea Azizan Dedah Rahsia Kurus Tanpa Ke Gym, Cuma Diet Betul Berat Badan Turun 6kg Sebulan
Amylea Azizan bergambar dengan penyanyi Zaiton Sameon

This is my way and what i did for myself, saya tak paksa siapa-siapa untuk buat, kalau berminat nak cuba, cuba, sebab saya terima banyak sangat permintaan untuk share jadi saya share, kalau ada yang lebih pakar maybe boleh share gambar anda untuk turun 8kg sebulan baru saya percaya.”

Katanya walau dah bertahun mecuba macam-macam tips, berat badannya tepat sama. Dan akhirnya dengan cara yang diamalkan ini saja kejayaan turun berat badan diperoleh.

IKLAN

Tip penting! MAHU
“Saya memang suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni saya tak gym langsung!

Amylea Azizan Dedah Rahsia Kurus Tanpa Ke Gym, Cuma Diet Betul Berat Badan Turun 6kg Sebulan

This Is What I Did

Hari Diet : From India Food Expert

Breakfast:

3 biji telor rebus ( kosong) 
1 mug green tea

Lunch:

3 biji telor rebus ( kosong) 
1 mug green tea 
1 biji apple ( apa-apa jenis)

IKLAN

Petang

1 mug green tea
1 biji apple

Malam

1 mug green tea 
1 mangkuk oat kosong dengan kacang ( jangan masin)
Minum air kosong yang banyak sepanjang hari, jangan sulam-sulam makanan lain atau kudapan, kalau buat tak menjadi diet ni. Percayalah saya dah try buat camtu tapi memang fail. Harus strict!
* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*
1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg 
You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.

Hari Biasa

Brown rice separuh genggam
Virgin coconut oil( kalau goreng telur)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong (wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jangan atas jam 8 malam

Cheat day:

√    Atkins style ( makan lauk saja apa-apa, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually saya makan sehari sekali je kalau cheat day sebab dah cukup.
√    Ice cream ( dark chocolate)
 Tapi tetap…

IKLAN

❌ air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pergi.

√    Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari.
And then back to hari biasa.
√    Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. 
After u do this u changed ur habit & akan rasa sangat selesa.
√    No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.

Amylea Azizan Dedah Rahsia Kurus Tanpa Ke Gym, Cuma Diet Betul Berat Badan Turun 6kg Sebulan

Okay good luck! I am still in my journey lagi 6kgs!! Wish me well!

Apapun Mingguan Wanita harap Amylea berjaya mencapai apa yang diidamkan. Tak sabar nak nantikan perkongsian Amylea seterusnya. Sebab cerita-cerita macam ini bagi inspirasi dekat wanita-wanita yang dalam usaha nak langsing dan sihat.

Sumber/Foto: FB Amylea Azizan via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI