• 2.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.8K
    Shares

Alhamdulillah… Doa di bulan puasa mustajab akhirnya semalam bayi kena culik dah dijumpai tapi sampai lembik bayi 17 bulan ini diikat. Cuba bayangkan anak sekecil ni, kena ikat, lapar susu lepas tu nyamuk, semut dan spesies kerengga banyak di pokok.. Allahuakbar!

Namun semalam pihak keluarga mengesahkan bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali dari rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.

Hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.

Pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit. Kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.

Luahan Dari Pihak Ibu Mangsa

Dalam keadaan sedih, ibu mangsa, Diela Yusofe menghargai orang ramai yang mendoakan anaknya dan atas usaha PDRM cekap mengambil tindakan sampai anaknya dijumpai semula semalam…

Assalamualaikum

Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian. Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah aisya selamat walaupun muka beliau teruk.

Tak pe kita boleh rawat ya sayang. Nanti aisya comel semula, saya tak sempat balas kesemua komen dari anda, PM dari anda kerana terlalu banyak.

Terima kasih pada semua yang membantu. Buat kesemua customer saya hp saya masih tidak ditemui dan segala detail anda saya tiada. Tapi kesemua barang saya memang dah pos..kepada customer biskut saya insyaah saya usahakan sebelum raya untuk hantar. Harap faham keadaan saya sekeluarga di duga sebegini.

Kepada semua mohon terus berdoa untuk aisya kembali sihat, beliau masih dalam trauma.

Kalau ikutkan memang rasa geram bila tengok keadaan anak kecil itu yang dah digigit serangga, kasihan yang amat! Namun apa pun, syukur Alhamdulillah sebab bayi kecil itu dah dijumpai. Moga anak kecil itu cepat-cepat sihat.

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "