Halba dan longan kering mempunyai banyak khasiat yanga tersendiri. Air rebusan dua bahan ini dikatakan cara mudah dan berkesan bagi mak-mak yang menyusu anak untuk menambah susu badan. Seringkali mak-mak mengeluh, bila susu badan mulai berkurangan, akibatnya cita-cita penyusuan eksklusif 2 tahun untuk anak ‘terkubur’ begitu sahaja.
Resipi air rebusan halba dan longan kering ini merupakan perkongsian petua oleh Lyn Amalyn yang boleh mak-makm yang sedang menyusu amalkan.
Petua Berkesan Tambah Susu Badan
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar halba
1 gengam longan kering
1 sudu besar gula pasir
3 cawan air
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. BASUH
Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan.
Ads
Selepas basuh, toskan sekejap.
2. REBUS
Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.
3. TAMBAHKAN GULA
Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.
Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.
4. SIAP!
Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.
Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.
Ads
Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.
Jangan lupa SHARE dan TAG pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive breastfeeding pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni. Si suami pun boleh tag isteri ya tanda support!
NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.
Selamat Mencuba!
Kredit : Lin Amalina
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita murid tahun 6 dikesan mengandung ini bukan saja menggemparkan, malah mengundang rasa pilu di hati. Ini kisah benar yang dikongsikan dari status facebook cikgu Mohd Fadli Salleh.
Ini cerita hari ini (status ini bertarikh 9 Oktober 2017). Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.
Minggu lepas, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan ‘pregnant’ hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung. Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, Hari ini murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki.
Terkesan dengan berita itu, guru ini menasihati ibu bapa agar tak perlu menjaga anak-anak secara moden.
“Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.
“Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam. Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya ‘oldschool’. “
Sebab itu mak ayah perlu pastikan waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. “Anak kita tu kan?”
“Biar dia menangis hari ini dari kita yang menangis kemudian hari. Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.”
Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak ‘privacy’ anak mereka.
Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet. Hmmmm.
Konon ‘sporting’. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka ‘check in’ hotel baru kita yang menyesal tak sudah.
Permintaan anak mahu gunakan tektik belajar di rumah kawan sudah jadi tektik lapok.
“Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin.”
“Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.”
Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar di situ. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.
Telefon ni tak payah la bagi anak guna secara bebas. Nak sangat, kau bagi je telefon nokia yang jenis boleh call dan sms sahaja. Tak perlu bagi yang jenis smart phone macam android dan sebagainya.
Yang smartphone tu, bagi dia guna di rumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.
“Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.”
Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?
Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.
“Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.”
“Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan. Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.”
Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.
Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.
Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.
Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!
Nota: Kadangkala ‘oldschool’ itu lebih baik.
Sumber/Foto : Facebook Mohd Fadli Salleh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Akibat masuk kabel pengecas telefon di mulut yang tidak dimatikan arusnya, bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.
Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.
Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Biasanya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.
Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu.
“Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk,” katanya.
Jadi Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Jangan main-main ya, sebaiknya kalau mak ayah nak charge gajet, letaklah di tempat yang tinggi. Budak kecik yang aktif macam ini belum tahu apa-apa. Dan biasanya anak kecil suka capai sesuatu dan masuk mulut! Moga kita mampu jadi mak ayah yang mencegah sebelum berlaku perkara tak diingini pada anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai sebenarnya yang jenis suka simpan ubat demam lama sangat letak dalam peti, konon itu persediaan kalau anak demam secara tiba-tiba.
Persoalannya, elok ke ubat tu pada anak? Dan kalau boleh simpan pun, berapa lama tarikh yang selamat untuk diguna? Haaa… untuk elak bahaya pada kesihatan anak, baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini.
Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam diam ada isteri yang buat pertandingan suami siapa yang paling kaya, tak cukup itu ada pula yang jenis tayang semua hal rumah tangga ke media sosial.