air kencur

Amoi Jamu, Puan Amanda Tan ini sinonim dengan Mingguan Wanita. Resepi air kencur ini mudah disediakan malah bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf. Dalam masyarakat kita, kencur ini lebih dikenali dengan nama cekur.

Minuman ini sesuai dimalkan oleh wanita dalam pantang, yang baru alami keguguran dan ibu yang masih menyusukan bayinya. Orang lelaki pun boleh minum dan tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air Kencur

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air

IKLAN

Cara Penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

NOTA

  • Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
  • Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
  • Bila berjamu, jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam.
  • Bila amalkan jamu, pastikan minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Manfaat Air Kencur

Minuman ini mampu mengembalikan kesegaran dan tenaga badan . Jika diamalkan, ia mampu mengawet muda juga.

IKLAN

Minuman ini sesuai diamalkan oleh lelaki dan semua para wanita terutamanya wanita dalam pantang/ keguguran dan menyusu.

IKLAN

Tengok Juga Kebaikan Air Kencur Ini

Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
Menyembuhkan kembung perut.
Melegakan perut memulas.
Mengurangkan bengkak.
Melancarkan darah haid.
Melegakan batuk dan sakit tekak.
Pecah angin dalam urat saraf.
Senak perut.
Buang angin.
Menghilangkan lenguh sakit sendi.
Mengurangkan muntah untuk ibu hamil.
Memecahkan lemak badan.
Bertindak sebagai antibakteria dan antifungus.
Meredakan demam panas.
15. Melancarkan perjalanan darah.
16. Mewangikan badan.

Sumber/Foto: Amanda Tan (Amoi Jamu) via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI