Ada Sebab Kena Pantang MAKAN Lepas Bersalin, Ini Kesan Bila Mak-mak 30-an Main Langgar

Rutin berpantang 44 hari yang diwariskan oleh bidan-bidan Melayu lama itu ada sebab dan asbabnya. Kenapa mak-mak bersalin perlu berpantang makan selama tempoh perawatan dan pemulihan tubuh selepas kelahiran.

Inilah yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah atau lebih dikenali dengan nama Kak Bidan Ice, Pewaris Perbidanan Melayu Lama.

Jika mak-mak mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan selepas bersalin, ketahuilah bahawa ada aturan pantang yang telah anda abaikan dan langgar.

Ini Sebab Penting Pantang Makan Selepas Bersalin

1. Mengelakkan Masalah Sembelit

Keadaan usus dan organ pencernaan sepanjang kehamilan telah terhimpit dengan kehadiran bayi. Bila bayi dilahirkan, kondisi usus dan sistem pencernaan di dalam perut mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Oleh itu pantang makan daging dan ayam pada 2 minggu pertama adalah untuk mengelakkan ibu mengalami masalah sembelit.

Sembelit juga boleh mengganggu keselesaan luka episiotomi!

2. Hindari Luka Gatal Dan Lambat Sembuh

Penjagaan kedua-kedua luka; episiotomi dan pembedahan sangat-sangat penting kerana jika ia tidak dijaga ada kemungkinan luka lambat sembuh, mudah bernanah dan terkena jangkitan kuman. Sedangkan luka selepas berkhatan pun ada pantang larangnya, apatah lagi bersalin.

Pantang makan ikan gatal yang akan mengakibatkan luka jadi merenyam. Dikhuatiri ibu akan tergaru-garu untuk hilangkan gatal dan menyebabkan luka menjadi teruk akibat digaru.

Ikan gatal adalah ikan cencaru, kembung, tongkol, tuna, salmon (sesetengah individu tidak tahan),

IKLAN

 

Ada Sebab Kena Pantang MAKAN Lepas Bersalin, Ini Kesan Bila Mak-mak 30-an Main Langgar
Kak Bidan Ice juga tenaga pengajar dan berkongsi ilmu warisan perbidanan Melayu lama dengan pelajarnya.

3. Elakkan Terkena Bentan Urat

Bentan adalah dimana ibu tiba-tiba diserang sakit sendi yang keterlaluan, kejang otot secara tiba-tiba dan tiba-tiba demam dan menggigil tanpa henti. Bentan boleh terjadi jika ibu tersilap makan buah/sayur-sayuran atau ikan yang mengganggu sistem saraf ibu.

Sistem saraf ibu memerlukan masa untuk sembuh selepas bersalin. Kepenatan meneran bayi, luka pada saraf-sarat halus ketika dibedah membuatkan badan ibu berada di dalam keadaan sangat-sangat lemah selepas bersalin.

Silap aturan sedikit akan menyebabkan ibu demam bentan berterusan sepanjang hayat jika tidak dirawat.

Oleh itu ibu-ibu perlu dipantang memakan buah-buahan, yang bersifat sejuk iaitu kebanyakkan buah-buahan tempatan.

Sayur-sayur yang sejuk adalah kangkung, lobak putih, timun, bayam, kacang panjang, kacang botol dan terung. Ikan yang berbisa pula ialah ikan pari, bawal hitam, terubuk dan ikan duri.

IKLAN

Air soya dan longan juga bersifat sejuk. Akan tetapi kebanyakkan ibu muda sangat mengemari minum air soya di dalam pantang atas niat utk tambah susu. Ia boleh digantikan dengan jus pegaga, air rebusan halba dan air rebusan kurma merah (tanpa longan)

4. Untuk Imbangi Hormon Ibu

Pemilihan ikan dan ayam yang betul-betul organik sangat penting agar ibu selepas bersalin tidak menghidapi masalah hormon imbalance berpanjangan.

Ikan-ikan dan ayam-ayam yang dibela dan diberi dedak hormon (untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan @ ayam) seperti ikan siakap, ayam-ikan komersial perlu dielakkan.

Amalan air soya juga mengganggu sistem hormon wanita, lebih-lebih lagi ibu selepas bersalin.
Kebanyakkan pesakit saya yang mengamalkan soya sepanjang tempoh berpantang mengalami masalah kemurungan dan kecelaruan emosi yang digelar MEROYAN.

5. Mengurangkan Berat Badan Selepas Bersalin

Cara penyediaan lauk berpantang itu sendiri menunjukkan betapa bidan-bidan lama sudah tahu cara menyediakan makanan berkhasiat untuk ibu.

Makanan yang digoreng tidak dibenarkan. Ibu berpantang hanya boleh makan lauk yang dibakar, direbus dan di stim sahaja.

IKLAN

Pemakanan lauk yang kurang berkolestrol membantu ibu mudah dan cepat kurus sepanjang tempoh berpantang. Dan ibu lebih sihat.

6. Imbangi 4 Elemen Alam Di Dalam Tubuh

Ibu selepas bersalin dilanda masalah angin, api dan air yang berlebihan. Ketiga-tiga sifat ini mengganggu keselesaan ibu di mana ibu mudah migrain dan sebu perut (angin), emosi yang bercelaru (api), dan kegemukan air yang melampau (air selepas bersalin)

Oleh itu aturan berpantang mampu mengimbangi kembali ketiga-tiga elemen alam ini agar ibu merasa selesa dengan tubuh badan dan minda mereka selepas bersalin.Tidak normal gemuk air selepas bersalin.

Tidak normal hormon tak seimbang selepas bersalin.
Tidak normal emosi bercelaru selepas bersalin.

Pesan MW : Jadi mak-mak, selepas faham sebab kenapa penting jaga makan sewaktu dalam pantang, janganlah lagi langgar dan makan ikut suka ya. Yang merasanya nanti tubuh mak-mak juga. Jagalah sementara masih muda.

Sumber/Foto : Siti Aishah

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI