8 pantang larang makan buah

Makan buah pun ada cara yang betul, jangan main bantai je. Ada pantang larangnya. Kalau silap cara makan, bukan saja berat tak turun malah akan mengganggu masalah pencernaan. Ramai jadikan buah sebagai pencuci mulut, sebenarnya amalan ini tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan perut.

Cara Makan Buah Yang Betul

1. Jangan makan buah-buahan bersama makanan lain. Untuk dapatkan khasiat yang maksimum, makan buah secara sendirian.

2. Bangun pagi, selepas minum air suam. Amalkan makan buah-buahan kerana ketika perut kosong, proses pencernaan bekerja dengan amat cepat dan badan kita menggunakan enzim yang berbeza untuk mencernakan makanan. Mengikut kajian, memakan buah sebelum makanan berat adalah baik untuk perut agar penyerapan fruktosa dari buah sempurna. Makan buah ketika perut kosong juga adalah cara yang terbaik bagi menyahtoksin dari sistem tubuh seterusnya memberikan peluang bagi perut menyerap vitamin dan nutrisi buah dengan lebih optima. Memakan buah ketika sarapan pagi pula baik bagi ‘memanaskan’ sistem pencernaan seterusnya menjamin pertambahan kadar gula dalam darah dengan keadaan selamat.

3. Makan buah sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan makanan berat agar badan dapat menyerap vitamin C dalam buah serta nutrisi dan serat lain dengan lebih optimum. Mengambil buah dengan jarak yang betul juga membantu mengurangkan kolestrol dalam darah secara semulajadi.

4. Jika mahu ambil buah selepas makan, jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam. Ini bagi memberi ruang untuk makanan terdahulu dicerna.

IKLAN

5. Waktu terbaik makan buah adalah pagi, elakkan makan buah pada waktu tengah hari.

6. Elakkan buah seperti pisang dan avokado pada waktu pagi kerana buah-buahan ini membebankan sistem pencernaan pada waktu pagi. Buah-buahan ini sesuai diambil selepas tengah hari apabila badan di dalam kitaran pencernaan yangesuai untuk makan buah-buahan sedemikian.

8 Pantang Larang Makan Buah Untuk Mak-mak Yang Nekad Nak Kurus!

IKLAN

7. Makan buah-buahan organik, elakkan buah-buahan yang diproses, dimasak atau ditinkan kerana buah-buahan tersebut mengandungi banyak gula dan bahan pengawet. Contohnya jeruk dan buah kering.

8. Jangan makan buah sebelum tidur kerana kandungan gula di dalam buah akan memberikan tenaga. Ia boleh menyebabkan anda sukar tidur. Makan buah tiga jam sebelum tidur.

Amalkan makan buah sebelum senaman kerana gula dalam buah dapat memberi tenaga segera. Buah akan menjadi ‘makanan ringan’ yang baik jika anda bersenam secara konsisten.

IKLAN

Ambillah buah sebagai snek sebelum anda memulakan olahraga. Gula dalam buah iaitu fruktosa akan memberikan tenaga kepada tubuh. Gula tersebut mampu diolah oleh insulin dan seterusnya dihantar ke seluruh sel tubuh ketika aktiviti riadah berlangsung.

Penulis : Intan Rohaizat Zakariya

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI