Pening kepala memikirkan bahagian rumah mana yang perlu dibersihkan dahulu. Apatah lagi, jika ada kawan atau saudara memberitahu akan datang ke rumah dalam masa terdekat ini. Ambillah masa 20 minit untuk anda bersihkan rumah dengan hati yang tenang dan senang.

Pasang Muzik

Pasanglah muzik atau lagu kegemaran supaya anda lebih fokus dan bersemangat. Menurut Rune Sovndahl, co-founder Fantastic Services, dengan memasang muzik anda akan fokus pada tugas yang dilakukan.

Buka Tingkap

Udara segar akan masuk dan menghilangkan bau yang kurang enak di dalam rumah. Apatah lagi jika dibersihkan pada waktu pagi, anda akan dapat udara lebih segar dan baik untuk rumah.

Pakaian Kotor Dalam Bakul

Keadaan ini membuatkan rumah anda berselerak. Jika anda tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian kotor, memadai dengan memasukkan ke dalam bakul atau terus ke dalam mesin pencuci.

Kemas Bilik Tidur

Jangan mengambil jalan mudah dengan hanya menutup pintu bilik bagi mengelakkan bilik tidur yang tidak berkemas. Sebaliknya, bersihkan bilik tidur walaupun hanya seketika. Manalah tahu, tiba-tiba tetamu ingin memasuki bilik tidur anda.

Bersihkan Lantai

Memang kerja ini memerlukan masa yang agak lama. Tetapi anda boleh menggunakan hampa gas dan bahagian yang hanya mampu dilihat oleh tetamu sahaja. Contohnya, ruang tamu dan ruang makan.

Bilik Mandi

Ini adalah tempat wajib supaya tetamu selesa bila menggunakannya. Bersihkan bahagian mangkuk tanda, tuala yang bersih dan haruman untuk ruangan supaya bilik mandi lebih bersih dan segar.

Cuci Pinggan Mangkuk

Penelitian dari Marigold menunjukkan bahawa 70 peratus tetamu akan memerhatikan gelas ketika minuman dituangkan. Jadi, pastikan anda membersihkan gelas dan pinggan mangkuk sebelum digunakan.

Buang Sampah

Jangan lupa, selesai membersihkan rumah, buanglah sampah di tempat yang disediakan terutamanya sampah daripada hasil yang anda bersihkan tadi.