Pertemuan penuh syahdu selepas 70 tahun terpisah.

70 tahun terpisah, lelaki ini sanggup merentas 350 kilometer untuk bertemu ibu kandung yang telah sekian lama dirindui.

Ternyata pencarian dan penantian dirinya selama ini untuk bertemu ibu kandungnya akhirnya tercapai juga walaupun ibu sudah tua dan uzur.

70 Tahun Terpisah

Seorang lelaki di Dhaka, berusia dalam lingkungan 80-an bersatu semula dengan ibunya yang berumur hampir 100 tahun minggu lalu setelah berpisah kira-kira 70 tahun.

Pertemuan dua beranak itu dilakukan menerusi bantuan media sosial.

Abdul Kuddus Munshi sebelum ini dihantar ke rumah seorang bapa saudaranya ketika dia berusia 10 tahun.

Namun, dia terputus hubungan dengan keluarganya selepas melarikan diri dan menjadi anak angkat kepada dua beradik perempuan.

Baca Juga Di Sini :

IKLAN

Sedih Sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan Berjauhan, Suami Isteri Terpisah Sejak Mac Lalu

‘Kembar IVF’, Disenyawakan Pada Masa Sama, Dilahirkan Terpisah 2 Tahun

Tujuh Bulan Terpisah Jauh, Ayah Menyamar ‘Orang Aircond’ Surprise Anak-anak

Selepas Lima Bulan Terpisah Kerana Covid-19, Ibu Ini Akhirnya Dapat Memangku Bayinya

IKLAN

Lelaki Ini Sanggup Merentas 350 Kilometer

“Ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup saya,” kata lelaki tersebut yang berusia 82 tahun itu kepada AFP dari Brahmanbaria, timur Bangladesh.

Pada April lalu, Abdul Kuddus yang merupakan seorang ahli perniagaan menghantar satu video di Facebook untuk meminta bantuan pengguna laman sosial itu bagi mencari keluarganya.

Seorang saudara Abdul Kuddus kemudian berjaya mengesan keluarga ahli perniagaan tersebut dan kemudian menghubunginya.

IKLAN

Untuk Bertemu Ibu Kandung

Saudara jauhnya itu menyatakan bahawa ibu ahli perniagaan itu, Mogola Nessa masih hidup.

Justeru, Abdul Kuddus yang merupakan seorang bapa kepada tiga anak lelaki dan lima anak perempuan pergi menemui ibunya yang tinggal sejauh 350 kilometer dari bandar Rajshahi.

Pada minggu lalu, dia menemui ibunya itu yang mengecam ahli perniagaan itu sebagai anaknya melalui tanda yang terdapat pada tangannya.

“Ibu saya amat tua dan dia tidak dapat bercakap dengan sempurna. Dia menangis apabila berjumpa dengan saya. Saya memberitahunya anak lelakinya sudah kembali dan dia tidak perlu lagi bimbang,” katanya seperti dilaporkan oleh AFP. – Agensi

Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan perasaan seorang ibu dan juga anaknya perlu memendam rasa rindu berpuluh-puluh tahun. Syukur kedua-duanya dapat disatukan semula sebelum menutup mata.

Sumber : Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI