monday blues

Sebenarnya ‘Monday Blues’ ni bukan kata mak-mak yang bekerja je hadapi sindrom ni, suri rumah pun tak terkecuali. Iya lah dah berbahagia menikmati cuti hujung minggu, bila masuk hari Isnin masing-masing dah mula kena bekerja dan bagi suri rumah pula kena memulakan rutin seperti biasa. Hari Isnin kena bangun awal pagi, nak siapkan suami dan anak-anak ke sekolah dan ke tempat kerja lagi.Rasa malas, stress dan tak gembira nak hadapi hari Isnin ni lah, makan terjadilah sindrom Monday Blues.

Ada 7 tip mudah bagi nak atasi sindrom ‘Monday Blues’ ini;

(1) Tidur Awal
Tidur awal pada malam sebelumnya supaya dapat rehat secukupnya dan berasa segar untuk meneruskan hari isnin anda. Selalunya, akibat terbawa-bawa dengan cuti pada hujung minggu, ramai yang memilih untuk tidur lambat. Akibatnya, mulalah rasa letih dan malas untuk bangun pagi. Sebaik sahaja bangun, jangan lupa untuk terus mandi dengan air sejuk supaya berasa lebih segar dan bertenaga.

IKLAN

(2) Pilih Warna Pakaian Yang Ceria
Siap sedia dengan pakaian untuk dipakai ke pejabat pada malam sebelumnya. kalau lebih rajin, siap sedia atau gosok pakaian yang akan dipakai sepanjang minggu bekerja.Pilihlah antara pakaian kegemaran anda dengan warna yang paling ceria pada pagi isnin. Ini adalah untuk menyuntik aura bersemangat, rasa lebih berkeyakinan dan aura segar dalam diri anda. Dengan ini, barulah anda tidak berasa suram dan lemau lagi.

(3) Pilih Haruman Yang Menyegarkan
Jangan lupa untuk memakai perfume atau minyak wangi supaya rasa lebih segar sepanjang hari. Pilih perfume kegemaran yang mampu memberi ‘mood’ lebih bersemangat di tempat kerja dan menyerikan hari anda.

IKLAN

(4)Jangan Lupa Sarapan
Mulai hari anda dengan mendapatkan sarapan supaya anda akan lebih bertenaga dalam pekerjaan anda. Tetapi, jangan pula ambil makanan yang berat yang boleh menyebabkan anda berasa mengantuk dalam melakukan pekerjaan. Memadai sekadar ambil alas perut secukupnya sahaja.

(5) Minum Kopi Atau Teh Panas
Sekiranya anda mengantuk, dapatkan bantuan dengan minum kopi atau teh panas supaya membantu anda supaya lebih segar. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap kafein, minuman malt coklat panas juga mungkin boleh membantu.

IKLAN

(6) Rancang Hari Anda
Tetapkan goal atau matlamat tentang tugasan yang patut anda lakukan pada hari isnin ini. Buat senarai perkara-perkara penting yang perlu dilakukan, jadi anda tidak sempat untuk memikirkan hari isnin yang membosankan. Susun jadual kerja yang ringan pada hari isnin. Sebaiknya, aturkan mesyuarat penting,temujanji dan majlis rasmi selain dari hari isnin.

(7)Fikir Perkara Menarik
Fikirkan perkara-perkara menarik yang mampu menaikkan semangat untuk pergi ke tempat kerja.Bila fikirkan perkara menarik, secara tidak langsung kita bersikap lebih positif untuk datang ke pejabat. Contohnya, rancang makan tengahari dengan rakan sepejabat di restoran kegemaran, rancang tengok wayang selepas waktu bekerja dan sebagainya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI