•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jika mak-mak ada menunjukkan 6 petanda ini, ketahuilah sebenarnya ia adalah tanda-tanda berada dalam keadaan stres. Pelbagai perkara boleh menjadi punca stres, tak kiralah urusan rumah tangga, urusan kerja mahupun anak-anak, namun adakalanya mak-mak tak perasan.Akibatnya, emosi jadi tidak terkawal, rasa murung dan sebagianya.

Pelbagai kajian yang dilakukan oleh saintis mendapati bahawa mak-mak yang stres sukar untuk mengasuh anak secara positif. Malah, mereka lebih cenderung untuk bertindak kasar, menggunakan tona suara yang negatif, dan mengeluarkan komen-komen berbaur hinaan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

Antara Tanda-Tanda Stres:

1. Selalu Terlupa

Tak tahulah kenapa akhir-akhir ini kunci rumah dan kunci kereta selalu saja hilang. Selain misplace barang, asyik terlupa buat sesuatu yang memang biasa buat. Contohnya, lupa nak tekan suis periuk nasi atau ambil anak di sekolah. Malah, ada yang lupa kenapa nak pergi ke dapur tadi!

Berdasarkan kajian melalui Psych Central, otak akan mengalami ledakan maklumat atau ‘overload’ ketika dilanda stres. Ini akan menyebabkan kekalutan dan kekeliruan sehingga seseorang tidak mampu mengingat perkara-perkara biasa yang patut dilakukan. Jadi, jangan pandang remeh. Kalau kita lupa buat perkara seperti tutup api gas selepas memasak, ia boleh membahayakan nyawa!

2. Rasa Tak Cukup Tidur

Biasalah kalau mula letih dan ‘pancit’ menjelang petang atau selepas balik kerja. Tapi, kalau mak-mak sering mengantuk dan tidak bermaya sepanjang hari, ia bukanlah petanda yang baik.Walaupun dah tidur cukup 6-7 jam sehari, tetap masih juga penat dan menguap sepanjang masa. Ia antara petanda stres.

3. Letih & Lesu Yang Melampau

Menurut Medical News Today, stres juga mempunyai kaitan rapat dengan kelesuan. Keletihan melampau ini akan berlaku dalam 2 aspek, iaitu secara fizikal dan juga mental. Secara fizikalnya, ia melibatkan rasa lemah pada otot dan kurangnya daya kekuatan untuk bergerak aktif.Dari segi mental pula, mereka mudah berasa mengantuk, susah fokus, dan mungkin berasa pening kepala, demam dan kurang sihat.

4. Kurang ‘Connection’ Dengan Anak

Kita bersama anak-anak setiap masa tetapi kita tidak mampu menyelami perasaan mereka. Walaupun seharian dengan mereka, kita tak tahu apa yang mereka lakukan hari ini dan apa yang mereka dah buat di sekolah. Kita sibuk dengan memasak, membasuh, mengemas, media sosial, dan menguruskan perkara lain yang sebenarnya tidak berkesudahan.

Mak-mak memang ada di samping mereka tapi jiwa kita ‘hilang’ entah ke mana. Malah, banyak pula menjerit dan memarahi mereka sekalipun mereka melakukan kesilapan kecil. Inilah salah satu tanda stres yang patut mak-mak tahu dan ambil peduli agar dapat bertindak segera.

5.Memilih Makanan Tidak Sihat

Cuba ingat kembali, bilakah kali terakhir menikmati sesuatu hidangan dengan tenang?

Menurut kajian psikologi, stres menjadi penyebab kita memilih makanan yang tidak sihat.Antaranya seperti makanan segera, berkafien dan mempunyai lemak serta gula yang tinggi.Makanan ini pula mempengaruhi mood dan kesihatan kita sehingga menjadikan kita stres. Ia sebenarnya adalah ‘kitaran jahat’ yang patut dihentikan!

6. Cepat Marah Pada Pasangan

Pergaduhan adalah satu lagi tanda stres yang kronik. Tak tahu di mana silapnya, pasangan semakin kerap berbalah pendapat dan akhirnya mencetuskan perang mulut atau perang dingin. Sekiranya situasi ini tidak diambil perhatian, ia boleh mengganggu kehidupan seksual dan seterusnya menjadikan hubungan retak menanti belah.

Dalam hal ini, wanita perlu faham bahawa lelaki tidak mampu memahami apa yang tersirat dalam hati wanita. Maka, berbincanglah dengan baik dan elakkan komen sinis jika mahu mereka mengambil serius terhadap keadaan anda. Bagi lelaki pula, ketahuilah bahawa seorang wanita sangat memerlukan anda untuk menghargai mereka setiap masa, terutamanya selepas berkahwin dan mempunyai anak. Jadi, lahirkanlah penghargaan dan rasa cinta anda melalui ucapan, perbuatan, dan mesej di telefon bimbit. Percayalah, semua ini amat bermakna bagi mereka!

PERKARA YANG DIPERLUKAN

Me Time!

Semasa mengalami semua perkara ini, mak-mak sering merasakan hanya mahu bersendirian. Tak mahu berjumpa sesiapa, bercakap dengan sesiapa, dan tak ada mood untuk melakukan apa-apa.

Sebenarnya,mak-mak amat memerlukan ‘me time’ atau ‘alone time’. Ia adalah perkara normal dan ianya diperlukan oleh setiap manusia untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Oleh itu, tidak hairanlah otak amat memerlukan ruang untuk merungkai segala kekusutan ini.

Satu yang perlu mak-mak ingat,meminta pertolongan daripada pasangan atau ahli keluarga lain tidak bermakna anda gagal menjadi mak yang terbaik.

Ini kerana kebanyakan masa, tanda stres ini berpunca daripada expectation sendiri yang tidak realistik. Mahu melakukan 200% daripada kudrat dan kemampuan yang dimiliki. Jadi, sudah tentulah mak-mak akan berasa penat dan tertekan.

Cubalah bertenang, relaks dan fokus pada keutamaan. Jangan sesekali rasa bersalah untuk reward diri sendiri walaupun 10-15 minit sehari. Ok!

All the Best!

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "