cheezy sauce

Buat peminat sos keju atau ‘Cheezy Sauce’ ada cara mudah untuk membuat sendiri sos yang sedap ini. Yang pastinya ia lebih menjimatkan dan puas hati bila makan nanti. Sos ini sesuai dijadikan pencicah kentang goreng, nugget, sosej, wedges dan sebagainya.

Bukan apa, susah sebenarnya nak cari resipi ‘Cheezy Sauce’ yang benar-benar sedap rasanya macam kita beli atau makan di restoran.Namun, menerusi perkongsian oleh Ezan Idma,’Cheezy Sauce’ yang sedap ini dinikmati ketika berada di rumah kawannya, Nazrin Zahrin.

Berikut antara perkongsian resipi tersebut sebagai rujukan;

“Hari tu pergi rumah Nazrin Zahrin then makan goreng-gorengan (nugget sosej etc) dengan cheezy sauce. Ingat kan dia beli rupanya buat sendiri uols.

“Hari ni suruh dia buat lagi jadi kita tukang snap gambor. Mudah amat rupanya! Macam kat restoran mahal rasa dia.”

Ni bahan-bahan:

CHEEZY SAUCE SEDAK

1 buttercup (250g)
10 keping Keju cheddar chesdale
1 tin Susu cair
1 Kiub pati ayam
2 sudu lada hitam (blend kasar)
2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit pewarna oren

Cara Membuat:

1.Cairkan buttercup dengan api perlahan.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

2.Masukkan susu cair sehingga mendidih.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

IKLAN

3.Masuk cheesedale satu persatu.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

4.Masukkan kiub pati ayam.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

IKLAN

5.Masukkan blackpepper dan bancuhan tepung jagung.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

6.Kacau hingga likat boleh masukkan sedikit pewarna oren jika nak nampak lagi cantik.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

IKLAN

Emmm sedapnya cicah dengan nugget. Dengan burger boleh steak boleh semua boleh dip tauu. Jimat dan mudah.

6 Langkah Mudah Buat ‘Cheezy Sauce Sedak’, Ingatkan Kawan Beli Rupanya Buat Sendiri!

Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. Tapi biasanya tak sampai sebulan dah habis simpan dalam perut.

Tips Ekstra!

  • Kalau berketul-ketul , dah sejuk boleh guna hand mixer/blender untuk dapatkan tekstur yang cantik.
  • Selain menggunakan tepung jagung boleh juga gantikan dengan tepung gandum Untuk memekatkan kuah dan sos tidak berketul-ketul setelah sejuk. Nak aroma sedap lagi, tambah sedikit bayleaf yang dikisar hancur + mix herbs.

Selamat Mencuba!

Sumber: Ezan Idma

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI