Sekarang ini harga emas melambung. Emas 916 saja segram dah cecah RM215. Mak-mak nak membeli pun berkira-kira. Inikan pula nak cerita pasal tabungan emas. ‘Mengarut!’ ‘Makan pun tak cukup, macam mana nak menyimpan emas?’ Rata-rata komen akan keluar begini.

Sebenarnya tak mustahil jika mak-mak tahu bagaimana nak tunaikan impian tabungan emas anak. Bagusnya menyimpan emas ini, sebab ia tak susut nilai. Dari tahun ke tahun tak pernahnya turun harga. Makin naik lagi ada.

Tapi, nak buat simpanan emas pun kena ada ilmu. Jangan main redah dan akhirnya ‘tersontot’ duit tu tak ke mana. Perkongsian Puan Sara Salleh (Maryam) tentang 5 tip tabungan emas ini bermanfaat untuk dipraktikkan ya mak-mak.

NAK SIMPAN EMAS FIZIKAL IKUT 5 CARA INI

#PERTAMA – PASANG NIAT

Nawaitu. Ofkos la nk buat apepun kena mulakan dengan niat menabung emas untuk persaraan, untuk beli rumah idaman, untuk pendidikan anak-anak di masa depan.

Emas ni kalis inflasi tak seperti wang kertas. Ia juga membantu mengawal nafsu berbelanja yang boros. Siyes emas bantu awak daripada seorang pemboros kepada lebih kedekut. Tak caya? cubalah…hehee
.

#KEDUA- ASINGKAN 10% PENDAPATAN

Terima gaji setiap bulan tu sisihkan sesiap 10% untuk tabung emas. Simpan duit tu dalam tong ke mana-mana bekas. Bila dah cukup untuk beli goldbar atau dinar terus jer beli tanpa tunda-tunda daa…

Sekarang ni 0.5gm syiling emas 999.9 dah ada di jual. Dalam RM100++ je nilai nya. Tak mahal pun. Jika mampu beli 1 dinar 1 bulan lagi bagus. Nak pi haji nanti guna jer dinar tu sebagai kos haji.

La ni dah ada syarikat-syarikat travel yang terima dinar emas sebagai kos. Ya lah emas tu kan duit juga cuma dalam bentuk emas. Harap faham la ye.

IKLAN



#KETIGA – ILMU EMAS

Kenalah ada sikit-sikit ilmu emas ni, sebab logam ciptaan Allah SWT ni unik sikit sebab logam ni dikenakan zakat jika cukup haul & nisab. Yang ni uols boleh beli buku-buku tentang emas. Adanya ilmu senang la nak capai matlamat sebenar kenapa menabung emas.
.

#KEEMPAT- DISIPLIN & ISTIQAMAH

Haaaa yang ni memang payah sikit la. Dalam bab menabung emas jika tak ada disiplin maka matlamat uols tak kan tercapai. Tau tak ramalan ekonomi bagitau tahun 2020 ni emas akan naik ke paras harga RM500++ per gram? Ni adalah anggaran harga untuk emas 999.9 .

Buat masa sekarang 1 gm goldbar bernilai RM200++, tahun 2014 masa sy mula-mula beli GB (goldbar) yang pertama baru RM150/gm so nampak tak value emas menaik? Nak jadi jutawan boleh la uols start tabungan asm melalui sekarang. Masih belum terlambat dan masih mampu di beli. Mulakan 1 gm yang pertama.
.

#KELIMA- PILIH SYARIKAT EMAS

Jangan tertipu dengan penjual emas bila nak beli emas tau. So pilih trusted seller, supaya emas yang kita beli tu benar-benar tulen. Jangan terkena emas palsu. Antara syarikat emas di Malaysia ni Public Gold, HMG dan banyak lagi tapi sy rekemen sykt Powergold.

Emasnya adalah berkualiti dan mampu di miliki. Tulen tu opkozz laaa. Support syarikat Melayu. Bukan apa sebab dan tentunya bos Melayu & Islam ni membayar zakat kan? Kita pun tumpang dapat pahala.

IKLAN

5 Tip Simpan Tabungan Emas Anak Tanpa Meminjam

Contoh Kiraan Emas Untuk Tabungan Anak

Berapa gram saya kena ada ye jika anggaran kos pendidikan anak saya 10 tahun lagi ialah RM 30K ?

Jom kita congak ramai-ramai :

Tahun 2017 : Harga emas 1 gm = RM200
Tahun 2020 : Harga emas anggaran 1 gm = RM500
KOS pendidikan anak = RM30K
60 gm x RM500 (nilai emas) = RM30k

So minimum uols kena ada 60 gm emas. Jika ada 4 orang anak macam saya so minimum tabungan emas 60 gm x 4 org = 240 gram.

Slow-slow kita menabung ya disiplin kena tinggi! Jika simpan duit kertas agak-agak berapa RM yang harus kita simpan setiap bulan untuk dapat 30k ye? 5 tahun rasanya, tak cukup tu..

IKLAN

Sila rancang dari sekarang jika mampu beli 1 gm 1 bulan so setahun dah ada 12 gram kan? Untuk dapatkan 60 gm tu perlukan masa 5 tahun je.

Simpan Emas Boleh Langsaikan Hutang PTPTN

Kakmery nak kongsi dengan rakan-rakan untuk menjadi parents yang bijak menabung demi masa depan pendidikan anak-anak. Dengan adanya simpanan yang mencukupi so kita tak yah risau dah tentang kewangan bila anak-anak menginjak dewasa & melanjutkan pelajaran ke kolej @ universiti.

Pinjaman pendidikan amat membebankan apabila kita harus membayar balik beserta faedah & lain-lain caj yang tersembunyi.

Pengalaman saya membuat pinjaman PTPTN ketika di Universiti dan gagal membayar balik setelah grad membuatkan saya di saman dan di blacklist. Dapat surat lawyer & kena naik court tau!

Senang citer nak pergi oversea memang tak boleh. Hanya kerana pinjaman PTPTN. Pada tahun 2015, Alhamdulillah saya telah menjelaskan kesemua hutang PTPTN hanya dengan simpanan emas! Lega Allahurabbi jer yang faham. (pandai pinjam pepandai lah bayar kan)”

Maka kakmey nekad menabung untuk anak-anak supaya mereka tak melalui peritnya nak membayar balik loan study.

Ekceli banyak pilihan menabung ni seperti ASB, Tabung Haji, life insurance, unit trust, saham, Fixed deposit dan lain-lain. Cuma kakmey lebih tertarik dengan emas ni sebab value yang ada pada logam kurniaan Allah SWT.

Lagipun emas adalah magnet rezeki yang akan menarik emas-emas yang lain pula, macam ketagih gituew. Sapa yang dah saving gold ni memang tau la betapa syok feeling itu. Aura yang ada pada logam emas sangat osem!

Sumber/Foto : Facebook Sara Salleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI