Rasanya ramai dah suami yang ringan tulang bantu isteri basuh dan sidai baju. Tak pun bantu isteri di dapur atau menyapu lantai. Ikutlah mana cara seronok suami yang pada dia boleh ringankan kerja isterinya.

Cara suami meluah rasa kasih dan simpati dekat kerja sukar isteri ini buatkan, orang rumahnya lebih terasa cinta dan sayang pada suami. Lelaki ini, Tuan Andy Sulaiman berkongsi tip yang sangat simple, yang sebenarnya suami mudah sangat nak praktik.

Ada member termenung panjang. Jauh. Macam masalah besar nak mati.

Kita tanyalah kenapa. Masalah wife dia macam tak happy dengan dia je rupanya. Alah hai. Lepas tu dia duk pening fikir nak beli apa untuk wife dia. Nak kasi wife dia happy.

Itulah. Banyak sangat tengok drama. Laki orang belikan kereta, kau nak beli kereta.

Laki orang bawak bini pergi Italy beli perabot, kau nak bawak isteri pergi Italy juga. Nilai 3 kau tak pandang.

Eh, ni. Kau tahu tak, nak tambat hati isteri, tak perlu modal beratus dan beribu ringgit bhai. Serius.

Memang lah, keluar duit banyak-banyak untuk isteri tu bagus. Semua isteri suka. Yang tak kahwin pun tetiba nak jadi isteri kau bila bab duit ni.

Ini kes lain. Ini masalah kalau kau tak ada duit, tapi kau nak isteri kau happy dengan kau. Macam mana?

Ok, ada beberapa cara. Kira tips lah ni aku kongsi :

IKLAN

1. Kemas Rumah, Sayang Duduk Rehat Je

Hari minggu apa salah kau ringankan tulang, tolong kemas rumah. Lap dapur, lap tingkap. Sapu lantai, mop.

Kau hembuslah ayat ni, “Sayang duduk rehat je. Biar abang bersihkan rumah. Sayang main lah phone tu sampai habis bateri.”

Confirm dia ketawa dan makin sayang kat kau. Cuba lah!

2. Basuh Baju, Hati-hati Dengan Pakaian Dalam Dia

Sesekali kau main gila. Kau kutip semua baju kotor kau, baju kotor wife kau dan anak-anak, kau basuh. Kalau boleh bra dan panties dia pun kau basuh sekali.

Tapi kau tanya dulu lah yang mana boleh basuh sekali, yang mana kena asingkan. Naya beb kalau rosak pakaian dia!

Dah kau malas juga, kau sumbat je kat dobi layan diri. Dah kering kau suruh dia lipat. Kau cuba, berbunga hati dia bang!

IKLAN

3. Makan, Google Masakan Yang Murah

Part ni kalau kau malas, kau hangkut je diorang makan luar. Atau bahasa baru akak-akak bawang, ‘gantung kuali’ .

Tapi, kalau kau nak soswit, kau google apa masakan yang murah, yang senang dan mampu kau masak. Alah masak sardin takkan kau tak tahu, kan? Malu je.

Isteri kau masuk dapur nak jenguk, kau halau! Kan nampak comel bila kau dengan perut buncit pakai apron kat dapur masakkan untuk family kau.

Dah siap masak kau panggil diorang makan. Kau angkat tudung saji sambil kau berdiri atas kerusi jerit ‘suprise tadaaa!’. Sampai jiran sebelah rumah kau terkejut. Kau pun ketawa sekeluarga.

4. Urut, Kena Cara Happy Endinglah!

Bab ni best. Sambil tengok tv tu kau raba-raba lah belakang dia. Picit bahu dia. Tumbuk sedas dua.

Kau kata ke isteri kau, “kesian sayang. Penat ya jaga abang dan anak-anak. Biar abang urut ya?”

IKLAN

Sambil urut tu kau tanya lah pasal hari dia, kerja dia, apa masalah dia.

Urut ni kalau kena cara, ‘happy ending’ kau tahu. Tak faham sudahlah. Dasar slow.

5. Anak-anak Jangan Kacau Mak

Bab ni kau kena kuat dari segi mental dan fizikal. Anak beb, bukan dia tahu mak bapak dia penat ke apa. Dia tahu nak perhatian, nak bermanja saja.

Kau layan anak-anak. Bagitahu anak, isteri kau penat. Jangan ganggu. Bila isteri kau dengar, dia rasa dihargai bang! Betul.

Nah. 5 cara aku kongsikan. Tak habis beratus pun duit kau, kan?

Dah ramai pun buat benda ni tapi aku cerita juga bagi yang belum tahu. Ada juga yang dah tahu tapi biasa lah, ego. Buang lah ego tu sikit. Janji family kita bahagia. Khennn?

Cubalah!

Baca Sini : 15 Perkara Mudah Yang Buat Pasangan Sayang Lebih!

Sumber/Foto: FB Andy Sulaiman via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI