peram buah

Selama ini macam mana cara kita peram buah. Simpan buah dalam guni, bungkus surat khabar atau letak saja dekat dapur sampai buah muda berubah warna dan tunjukkan tanda dah masak. Rupanya ada cara tepat macam mana nak peram buah bagi masak dengan elok.

Buah yang masak biasanya kita simpan dalam peti sejuk. Letak sekali dengan sayur-sayuran dalam satu bahagian rak peti. Rupanya cara ini salah ya puan-puan. Buah akan sebabkan sayur cepat rosak.

Fahamkan alasannya dan cara betul peram buah ini dikongsikan oleh Tuan Ashraf Shuib, penulis buku Jimat Dari Dapur dan usahawan pertanian, Abi Melon. Semoga selepas ini hasil buah yang diperam cantik kejadiannya.

2 Cara Betul Peram Buah Dari Siswazah Tani Ni Memang Awesome, Cuma Tak Digalakkan Cara Ketiga Sebab…

“Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.

“Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.

“Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.

IKLAN

“Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak.

“Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.”

3 Cara Peram Buah

Cara 1

Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.

Periksa buah yang diperam tu setiap hari untuk elakkan terlebih masak.

IKLAN

Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.

Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.

Cara 2

Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.

IKLAN

Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.

Cara 3

Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene, mempercepatkan proses buah masak.

(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan).

Tips

Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.

Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.

Sumber/Foto: Ashraf Shuib via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI