Masih ramai pasangan suami isteri yang gagal mencari sebab punca pembaziran dalam keluarga, akhirnya setiap hujung bulan langsung tak boleh menyimpan duit malah lagi teruk tak cukup duit nak makan!
Inilah yang nak dikupas dan direnungkan bersama, jemput baca perkongsian daripada saudara Azizul Azli Ahmad, adakah kita juga masih buat 17 sikap buruk ini?
IKLAN
Mari semak punca pembaziran yang selalu kita buat…
Kita masih tak sedar bahawa kita banyak membazir sebenarnya. Ramai yang saya jumpa anggap ia bukan pembaziran…
IKLAN
1. Beli kereta yang salah,masih banyak kereta yang mampu dan murah.
2. Belian online sebab tawaran Lazadahh sukar dilepaskan.
3. Suka ikut apa kawan pejabat beli, dia beli aku nak beli juga.
4. Pakar semua gajet terkini tapi bab pelaburan tolak tepi. Bosan katanya lagi.
5. Suka makan luar, dimana viral makanan gila. Kita sampai punya!
6. Beli dipasaya sebab ada jualan Krismas Raya walaupun benda itu kita tak guna.
7. Bil telefon luar biasa, kurangkan bercakap banyakkan mendengar dan membaca.
8. Tiada perubahan gaya hidup tiap kali tahun baru datang, masih berjoli sakan.
9. Percaya dengan semua produk kecantikan, rajin beli dan cuba. Halal atau tidak kita tampal dimuka? Janji gojes dipandang mata.
10. Suka baca akhbar saja, buku Wang Ada Dimana bagus banget untuk dibaca. Ramai yang berjaya.
11. Semua warna tudung dan fesyen yang kita ada penuh almari kita. Barulah hijalasbista.
12. Buat sambutan hari jadi sendiri, alah setahun sekali. Cubalah beli emas hadiahkan diri,itu simpanan yang baik.
13. Membazir air dan api dirumah tanpa rasa bersalah, sikit jer pun.
14. Keluar rumah tanpa rancangan, jumpa apa semua beli saja. Baru puas dihati.
15. Tadika anak kita mahal gila, bukan boleh masuk universiti dah tamat nanti. Tapi sebab nak ada gambar konvo nanti.
16. Beg dan kasut sekolah baru anak walau masih elok lagi. Bagi semangat katanya, jika mereka cemerlang tak mengapa.
17. Cuba amalkan doa “Ya Allah peliharalah mata ini dari terbeli barang tak guna dan cair dengan godaan mata jurujual jelita”.
IKLAN
Banyak benda kecil kita selalu tak kisah. Sebab itu hidup kita susah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anak ramai, kadang-kadang mak-mak sebut nama anak pun tertukar. Nak cakap pada anak sulung tapi tersebut anak nombor dua. Ini belum lagi kalau mak-mak marah, mahu semua nama disebutnya.
Begitulah mak, marah macam mana sekali pun nama anak tak pernah lekang dari bibir. Marah hanya di mulut tapi dalam hati siapa yang tak sayang anak kan!
Samalah juga bila mak-mak berdoa, jangan lupa selitkan nama anak. Berkat doa mak sangat mustajab.
Sudah tentu kita sebagai mak ingin melihat anak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang baik dan kelak dapat membalas jasa kedua orang tuanya.
Perkongsian ini jugalah yang boleh dijadikan panduan bersama. Hebatnya doa ibu yang mampu melembutkan hati anak yang sebelum ini kerap hadapi masalah bila bersama dengan orang tuanya. Mustajabnya doa ibu.
Wahai para ibu agar jangan engkau tidur tiap malam sebelum kau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan khabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.
Begini doanya:
“Allohumma innii usyhiduka annii roodhiyah ‘an ibnii/ibnatii* … (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridho wa kamaalar-ridho wa muntahayir-ridho. Fallohumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim biridhooii ‘anhum”
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (…….) dengan redha yang paling sempurna. Maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kisah Ibu Yang Mendoakan Anaknya
Seorang ibu yang mendoakan anak lelakinya yang berumur 22 tahun. Sejak melahirkan dia, hidup ibu ini derita kerananya. Dia tidak pernah solat, jarang mandi dan sering bertengkar dengan ibunya. Kerap mengherdik dan tak pernah menghormati ibunya.
Suatu hari, terbaca sesuatu di media sosial anaknya. Lalu, ibu ini mengambil keputusan untuk mendoakan anaknya.
Selang seminggu, nada suara anak ini lemah lembut bila bercakap dengan ibunya. Sampaikan pertama kali ibu ini dapat tidur dengan lena sekali. Bukan itu saja, anaknya mula mandi tanpa perlu ibu menyuruhnya.
Masuk minggu kedua, ibu ini terus mendoa seperti yang ibu ini inginkan. Takdir tentukan, apabila anak ini menegur dan bertanya kahbar ibunya dengan suara yang lembut dan tak pernah di dengar oleh ibunya sebelum ini.
Paling menggembirakan ibunya, bila dia menelefon dan mengatakan dengan nada yang cukup berbeza.
“Ibu, saya berada di masjid dan baru selesai solat.”
Si ibu tidak mampu menahan tangisan kerana sebelum ini tidak pernah solat dan bertanya dengan lembut pada ibunya.
“Sejak bila kamu mula solat,” tanya ibunya.
“Entahlah, saya sendiri tidak tahu, bila melihat masjid, hati ini tergerak untuk solat,” jawabnya.
Sejak dari itu, kehidupan ibu ini berubah dan anaknya tidak lagi menjerit atau memarahi, malah makin menghormati ibunya. Barulah ibu ini tahu erti bahagia yang ditunggu-tunggu selama ini.
Doa Ibu Mustajab
Kesibukan seharian ibu, membuatkan ia lupa untuk mendoakan untuk anak-anaknya. Malah, kononnya dengan menghatar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya dikatakan jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anak.
Sedangkan, kita tahu, doa ibu adalah jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak dunia akhirat. Jangan kata “anak masih kecil dan tak perlu didoakan.”
Jadi, doalah untuk mereka sekarang dan jadilah ibu yang bermurah hati dengan doa-doa untuk anak.
Mingguan Wanita : Pastinya mak-mak ingin melihat kejayaan anak-anak. Sebutlah satu persatu nama anak, moga menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin.
.
Seorang suami dibenarkan buat “Tuntutan Kembali Taat” ke atas isteri, jika suami telah jalankan tanggungjawab sepenuhnya pada isteri.
Dalam erti kata lain selama ini hubungan tiada masalah dan secara tiba-tiba isteri beralih arah. Suami boleh membuat “Tuntutan Kembali Taat” ini di mahkamah jika menepati syaratnya.
Ikuti perkongsian peguam syarie, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli ini dan hadam baik-baik bagaimana caranya membuat tuntutan:
Dibenarkan Buat “Tuntutan Kembali Taat”
Tuntutan Kembali Taat adalah bertepatan dengan syarak sekiranya si suami telah benar-benar menjalankan tanggungjawab ke atas isterinya tetapi si isteri telah tidak taat kepadanya.
Bukannya Tuntutan Kembali Taat ini dibuat selepas si isteri telah tidak lagi taat atau telah “hilang dari radar” akibat dari kecuaian dan pengabaian tanggungjawab dari si suami.
Jika Suami Jalankan Tanggungjawab Sepenuhnya
Contoh :
Suami bagi nafkah zahir dan batin dengan sempurna, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan segalanya dengan sempurna mengikut kemampuan si suami, sekalipun tidak sempurna si isteri redha dengan ketidaksepurnaan si suami.
Tiba-tiba berlaku sesuatu perselisihan, atau didapati telah tidak taat maka barulah bersesuaian Tuntutan Kembali Taat tersebut dibuat terhadap isteri yang mana tujuannya adalah supaya si isteri kembali taat atas arahan dan perintah mahkamah.
Tapi apa yang berlaku hari ini, kebanyakan apabila si isteri memfailkan tuntutan perceraian terhadap suami, tak lama kemudian si suami pula memfailkan tuntutan kembali taat, walhal sebelum daripada ini si suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik pun tiba-tiba nak failkan tuntutan kembali taat.
Jadi atas dasar apa untuk mengarahkan isteri tersebut kembali taat jika amanah Allah pun tidak kamu taat.
Konsep macam mana tu?
Walau apa sekalipun, masing-masing tetap punya hak dari sudut perundangan untuk membuat sebarang tuntutan di mahkamah, sama ada dibenarkan atau tidak ianya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Namun, jika hari ini ada dari kalangan suami yang cuai dalam menjalankan amanah yang diberi, saya berharap pulanglah ke jalan Allah yang diredhai.
Bukan setakat isteri kembali mencintai si suami, tetapi seisi dunia ini akan Allah beri untuk kamu duhai suami yang dirahmati.
Nak syurga tak? Tak tahu cara banyakkan membaca, banyakkan bertanya. Confirm hidup ini kamu yang punya. ***** Gambar sekadar Hiasan #RabiatulAdawiyahRamli #KembaliTaat
MW: Mak, ayah yang berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, cuba dapatkan nasihat dan bantuan guaman. Daripada memendam perasaan, baiklah usahakan sesuatu.
“Tidak pernah terfikir cari pengganti.”Suami ini tak menyesal berhenti kerja jaga isteri terlantar setelah isterinya hilang upaya selepas melahirkan anak mereka.
Ternyata bukan sesuatu mudah ditelan apabila isteri yang sihat secara tiba-tiba tidak dapat uruskan diri sendiri apatah lagi anak yang dilahirkan.
Tidak Pernah Terfikir Cari Pengganti
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.
Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.
Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung, Kelantan, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Suami Ini Tak Menyesal Berhenti Kerja
Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.
Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan.
“Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya.
Berhenti Kerja Jaga Isteri Terlantar
Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.
Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung berdekatan.
“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.
“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.
“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.
Peluang Sembuh Tipis
Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.
Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.
“Dia (Norfadila) mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.
“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.
“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.
Mingguan Wanita : Salute pada suami yang masih setia walaupun telah tiga tahun berlalu. Semoga kisah suami ini menjadi inspirasi kepada pasangan lain yang berdepan dengan ujian sakit. Ternyata menguruskan orang sakit bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi pasangan kita sendiri.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...