Apa yang anda lakukan dengan surat khabar lama anda? Gunakannya untuk lapik almari pakaian anda atau balut sayur dalam peti? Mungkin juga ada yang lepas baca kumpul dan jual balik dengan harga yang murah. Jangan membazir kalau ada simpanan surat khabar lama yang banyak, anda boleh buat 14 barang kreatif yang mungkin anda sendiri pun tak jangka! Macam ini...
 
 

 
1. Jam buatan sendiri
Hanya beberapa surat khabar lama, pisau dan jarum jam (dengan atau tanpa nombor). Reka bentuk yang unik ini akan nampak cantik di dinding anda. 
 
 

 
2. Kasut comel
Ambik sepasang kasut lama yang nampak pudar warnanya, kemudian potong surat khabar dalam ukuran empat persegi panjang kecil dan lekatkan di kasut anda menggunakan gam putih. Apabila kasut anda ditutup sepenuhnya dengan segi empat tepat yang kecil, letakkan satu lagi lapisan campuran gam dan air ke atas mereka. Biarkan kering dan kasut 'wordalicious' anda sudah boleh digunakan!
 
 

 
3. Balut hadiah
Jom cuba buat sesuatu yang lebih menarik untuk hadiahkan kepada seseorang. Ya, hadiah yang kita nak bagi pada orang memang istimewa, tapi lagi menarik kalau anda guna hasil kreatif macam ini. Tak perlu nak beli yang dah siap sebab bila kita pandai hias dengan letak reben dan kad comel, hadiah yang dibungkus lagi nampak luar biasa! 
 
 
 
 
4. Dinding rumah
Bosan juga asyik tengok warna dinding rumah yang sama setiap tahu. Apa kata kali ini anda gunakan surat khabar untuk jadikan wallpaper. Kena kreatiflah, pilih helaian kertas yang nampak 'rare' berbanding yang lain. Serius cantik!
 
 

 

 
5. Sampul surat
Sampul surat nerdy cukup sempurna untuk parti yang guna tema ala vintage. Anda boleh buat sendiri guna surat khabar ya, hantar surat atau jemputan buat seseorang istimewa. Untuk adakan majlis pun boleh.
 
 


 

 

6. Subang unik

Suka kelainan? Cuba anda buat subang sendiri macam ini. Ringan dan sesuai anda yang suka penampilan lebih ranggi. Lekat je surat khabar lama tu bahagian besi, terus nampak cantik.

 
 

 
 
7. Beg kertas
Agak biasa digunakan, tetapi jika anda lebih kreatif boleh letak hiasan bunga atau riben. Sesuai letak barang-barang kecil untuk diberikan tetamu ketika majlis. 
 
 

 
8. Pelapik gelas atau cawan
Haaa... yang ini mungkin anda jarang buat, tempat letak gelas guna kertas surat khabar lama. Sangat ringkas dan senang dibuta. Cubalah!
 
 

 
9. Hias beg luar dan dalam
Beg pun boleh dihias, ya! Dengan lebihan surat khabar lama yang ada, anda ambil dan tampal di dalam beg. Nak tampal bahagian luar pun boleh kalau nampak beg tu agak lama. 
 
 

 
10. Pasu pokok bunga kecil
Minat berkebun tetapi tiada ruang dan tanah? Jangan risau anda boleh guna kertas untuk tanam pokok kesukaan. Agak dah besar pindahkan dalam pasu. Menarik, bukan?
 
 

 
11. Bunga tangan comel
Masa nak kahwin, semua barang kalau boleh nak jimat. Apa kata kalau anda cuba buat sendiri bunga tanga guna surat khabar lama. Agak vintage ok. Tak payah nak segan sangat! 
 
 

12. Bakul barang kertas
Barang hiasan yang cukup comel ok, tempat letak phone dan pensil. Ini kalau letak di meja ofis pasti orang tegur. Sebab cute, sangat pun! Anda gulung kertas dan ikat dengan tali, mungkin nampak sukar tapi kalau minat semua jadi senang.
 
 

 

13. Frame gambar
 
Wanita suka dengan sesuatu yang boleh naikkan seri rumah, bukan? Ini salah satu idea untuk anda. Cipta bingkai gambar untuk letak gambar anak-anak comel dengan suat khabar lama. 
 
 

 
 

 
14. Hadiah simple tapi kreatif
Beg doorgift yang sangat mudah. Anda boleh lakukan sesuatu macam ini untuk dijadikan kenangan ketika majlis anda. Sesuai untuk anda yang nak kahwin dan majlis kesyukuran.