dr hamid arshat tangani stress

Dalam dunia perbidanan, nama Dato’ Dr Hamid Arshat tak perlu diperkenalkan. Kepakaran, prinsip kerja malah kelembutannya melayan pesakit terutama pasangan suami isteri yang mengharap kehadiran cahaya mata amat profesional sekali.

Bagi sesiapa yang pernah menemuinya, pasti tidak akan pernah melupakan nasihat yang dititipkan setiap kali kaunseling. Nasihat beliau bukan sekadar dalam bilik konsultasi, di laman fanpage Facebooknya, Dr Hamid Arshat beliau juga mencurah kata. Sarat nasihat yang membuatkan kita akur, inilah nasihat terbaik bukan saja daripada seorang doktor malah bapa kepada anaknya.

Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit.”

Ini termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar (stroke).”

Tip Dr Hamid Arshat Awet Sihat, Kawal Stress

Perkongsi saya cara-cara tangani stress:

1. TAWAKAL

Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Jadi, saya tawakal kepada Allah sambil berusaha menangani stress. Dan saya redha dengan ketentuan Allah.

IKLAN

2. REDHA

Ketika ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah ke atas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.
Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.

3. SABAR

Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. TAHAN MARAH

Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghimpit, bunyikan hon dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya di rumah di kalangan keluarga dan di tempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

5. MEMAAFKAN

Sebab itu, saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, sama ada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.

IKLAN
11 Amalan Bebas Stress Dr Hamid Arshat, Salah Satu Tahan Marah Bila Ada Pemandu Cuba Provokasi
Keluarga besar Dato’ Dr Hamid Arshat

6. TIDAK DENDAM

Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.

7. BILA SAKIT

Atau Pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

8. SAYA SUKA BERKEBUN

Mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buahan di sekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

IKLAN

9. ZIKIR DALAM KERETA

Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.

10. DEEP BREATHING

Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.

11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA

Penting amalkan gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. Insha’Allah, kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada agama dan bangsa. Aamin.

Sumber/Foto : Facebook Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI